Ziyad, Abdul Latif, Ridzuan Puzi sandaran emas negara di Paralimpik

SELEPAS Sukan Olimpik Tokyo 2020 menutup tirainya pada 9 Ogos lalu, dunia kini perlu mengalihkan tumpuan kepada Paralimpik Tokyo yang bermula dari 24 Ogos hingga 5 September ini.

Seperti sukan olimpik, Paralimpik menjanjikan saingan ribuan atlet di seluruh dunia dalam 539 acara daripada 22 sukan.

Dalam edisi kali ini, Malaysia akan diwakili oleh 22 atlet dalam sembilan jenis sukan dengan sasaran tiga emas.

Mereka akan bertanding dalam acara olahraga, berbasikal, renang, memanah, badminton, boccia, angkat berat, ping pong dan tenis kerusi roda.

Selain itu, setiap atlet ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretriat seperti yang diumumkan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Mega D Shahriman Zaharudin.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri semangat kepada atlet Malaysia di Olimpik Tokyo, Margasatwa lancar ‘Yang Asli’ dalam bahasa Jepun

ARTIKEL BERKAITAN: Dik Wan tekad pertahan emas pada Sukan Paralimpik

Pada temasya terakhir, Malaysia menggegarkan Rio de Janeiro dengan tiga emas dan satu gangsa – semuanya dari acara trek dan padang.

Brenda Anellia Larry, 15, adalah atlet termuda kali ini yang pertama kali akan bertanding dalam acara renang dan Mohd Ridzuan Puzi, 33, akan mempertahankan gelaran pelari pecut 100 meter T36 (masalah koordinasi) Paralimpik.

Sementara itu, Muhamad Ziyad Zolkefli sebelum ini memecahkan rekod dunia dengan meraih pingat emas dalam kategori F20 (masalah intelektual) dalam acara lontar peluru.

Tidak ketinggalan, Abdul Latif Romly turut memecahkan rekod dunia lompat jauh dalam kategori T20, dengan meraih pingat emas.

Siti Noor Radiah Ismail pula meraih gangsa dalam kategori T20 lompat jauh wanita.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum Rio, Malaysia tidak pernah memenangi emas pada temasya itu, sebaliknya hanya memperoleh perak dan gangsa.

Atlet para negara dari Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin akan menerima cabaran untuk memperoleh pingat emas pada paralimpik kali ini.

Beliau memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kejayaan Bonnie melakukan angkatan bebanan seberat 230 kilogram (kg) dalam kategori lelaki atas 72 kg itu menyaksikan beliau merangkul pingat emas bagi acara berkenaan.

Selain itu, S Suresh pula menjuarai acara recurve lelaki terbuka dalam Kejohanan Memanah Para Dunia 2019, di Hertogenbosch, Belanda.

Malah, paralimpik juga akan menjadi saat yang dinanti-nantikan buat Cheah Liek Hou kerana beliau akan membuat penampilan sulung dalam acara badminton perseorangan.

Pemain yang dibimbing Datuk Rashid Sidek, yang juga bekas pemenang pingat gangsa Olimpik itu adalah prospek kontinjen negara bagi memenangi emas di Tokyo. -The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts