Zamsaham target ‘top 5’ Liga Super musim depan – Sukan


KEJAYAAN yang dicapai pasukan Kelantan FC di saingan Liga Perdana musim ini sedikit sebanyak memastikan mereka mampu bermain di Liga Super 2023 berdasarkan merit dan keputusan perbadanan Malaysia Football League (MFL) untuk mengubah struktur liga.

Oleh itu, penyokong dan pihak pentadbiran pasti meletakkan harapan yang tinggi kepada pasukan The Red Warriors (TRW) selepas mereka sudah tidak bermain di liga teratas domestik itu buat empat musim berturut-turut.

Namun, bagi pemilik, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham dalam kalangan peminat bola sepak tanah air, pihaknya mahu meletakkan sasaran yang lebih realisitik melihat kepada kemampuan mereka.

“Untuk musim depan, insya-ALLAH, kami meletakkan sasaran untuk mengakhiri musim di kelompok lima teratas dalam persaingan liga daripada 18 pasukan baharu mengikut format,” katanya kepada Majoriti.

Sasaran itu dilihat sebagai satu objektif yang penting bagi memastikan mereka layak bersaing di peringkat Asia dalam pertandingan Liga-liga Juara AFC ataupun Piala AFC.

Kecemerlangan Kelantan FC dalam Liga Perdana musim ini menggembirakan penyokong TRW — Facebook/TRW Kelantan FC

Selain itu, dia turut melihat pasukan yang berada di bawah kendalian Rezal Zambery Yahya itu mampu memberikan saingan dalam kejohanan Piala Malaysia dan Piala FA.

“Bagi Piala FA dan Piala Malaysia pula, saya berharap pasukan Kelantan ini mampu mencapai sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai individu yang bakal membeli lima peratus daripada saham kelab itu, Zamsaham berkata, satu sidang media bakal diadakan untuk menjelaskan perkara itu.

“Saya akan menganjurkan satu sidang pada 2 September dalam satu majlis di Kuala Lumpur untuk membongkarkan individu misteri itu,” jelasnya.

Sebelum ini, Zamsaham menerusi Facebook berkata, seorang individu kelahiran Kelantan bakal melabur wang bernilai RM3,000,000 untuk membeli saham kelab itu.

Meskipun ada ura-ura kuat yang mengaitkan individu itu dengan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani yang hadir ketika perlawanan antara pasukan TRW dengan Kuching City FC bulan lalu, Zamsaham menidakkan perkara itu dalam kenyataan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Arif Aiman ‘mendonia’, lagi ‘scout’ luar negara puji ubi muda JDT – Sukan

Next Post

MFL beri Sarawak United 14 hari, selesai masalah gaji tertunggak 4 bulan – Sukan

Related Posts