‘Young and dangerous’, bintang dalam pembikinan Kelantan pilih Sang Kenari canak bakat terpendam – Sukan


DALAM usaha memperkukuhkan lagi skuad musim depan, Kedah Darul Aman (KDAFC) dikhabarkan merekrut pemain muda baharu pada Khamis.

Melalui hantaran ‘Young and dangerous’ di Facebook rasmi KDA FC, identiti sebenar tonggak muda tersebut begitupun masih mengundang tanda tanya peminat khususnya Sang Kenari.

Antara nama yang hangat bermain di bibir peminat adalah dua tonggak muda Kelantan FC, Mior Dani Armin Mior Ariffen dan Aliff Najmi Zaini.

Berdasarkan video teaser KDA FC, rambut belakang pemain itu lebih mirip Aliff Najmi, namun turut tular satu gambar Mior Dani sedang memakai baju berlogo KDA FC di laman sosial sejak Khamis.

Gambar Mior Dani memakai baju KDA FC yang tular di laman sosial sejak Khamis.

Tidak mustahil, KDA FC menyambar kedua-dua bintang dalam pembikinan itu serentak dalam usaha untuk memperkuatkan skuad bagi musim 2023.

Cuma difahamkan, kedua-dua pemain itu hanya menyertai Sang Kenari secara pinjaman musim depan kerana masih dalam perancangan bos Kelantan FC, Norizam Tukiman. — Majoriti

Menyusul……

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lupakan usia, 3 sebab kenapa Fadhli Shas rekrut terbaik Sri Pahang FC – Sukan

Next Post

MN sukar kuasai politik, PN rakan terbaik — Penganalisis – Sukan

Related Posts