‘You jadi coach lah’, Teong Kim bengang, ‘sekolahkan’ penyokong di Stadium Perak – Sukan


MISI balas dendam Perak FC untuk menebus kekalahan 1-2 kepada Sri Pahang dalam saingan Piala FA sebelum ini tidak kesampaian selepas tewas 0-3 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, pada Khamis.

Skuad Tok Gajah terlihat mudah merobek gawang The Bos Gaurus (TBG) dengan mencatatkan dua jaringan pada babak pertama dan menambah satu gol pada masa separuh kedua.

Perak FC ketinggalan dua gol pada babak pertama menerusi jaringan penyerang import, Kpah Sherman pada minit ke-13 dan tonggak pertahanan, Stefano Brundo pada minit ke-37.

Sri Pahang menambah lagi kekecewaan Perak FC dengan jaringan terakhir daripada Muhammad Zuhair Aizat Mohd Nasri melalui rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol, Tian Keat See pada minit ke-73.

Antara aksi Perak FC menentang Sri Pahang di Stadium Perak pada Khamis. — Facebook/PerakFC

Selain kekecewaan dibolosi tiga gol itu, pasukan di bawah bimbingan Datuk Lim Teong Kim juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-39 selepas pertahanannya, Nasrol Amri dilayangkan kad merah.

Episod malang yang terus menimpa Perak FC itu semestinya mengecewakan penyokong skuad The Bos Gaurus sehinggakan ada yang tidak boleh duduk diam apabila bertindak untuk menegur Teong Kim secara berdepan.

Menerusi video tular di laman Facebook, berlaku pergaduhan mulut antara jurulatih berusia 59 tahun itu dengan penyokong Perak FC selepas perlawanan yang menyaksikan kekalahan kali kedua skuad TBG di tangan Sri Pahang.

View this post on Instagram

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

“Saya tanya kamu siapa ambil peluang? You jadi coach lah,” kata Teong Kim dalam klip video tular.

Namun, tiada rakaman video menunjukkan penyokong Perak FC menegur Teong Kim namun apa yang dipastikan luahan pemain ke-12 skuad TBG itu adalah isi hati selepas melihat akis tidak konsisten pasukan kegemaran mereka.

Penyokong boleh meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi turun naik Perak FC namun sebagai peminat juga seharusnya memahami dan mempercayai proses yang cuba dilakukan oleh Teong Kim.

Kekalahan kali kedua itu menyaksikan Perak FC kini menghuni kedudukan keenam dengan kutipan sebanyak lima mata dalam lima perlawanan meraka harungi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Empat kelab bergelut Liga M wajar berebut sambar Bernhardt – Sukan

Next Post

‘Nafuzi wajar tapi OKS saya tak pasti’, Zainal Abidin komen isu kad merah Liga M – Sukan

Related Posts