Yee Fatt enggan berselindung punca Penang tersungkur di tempat lawan – Sukan


PENANG FC mengalami kekalahan ke-13 mereka dalam Liga Super musim ini apabila tumpas kepada Kelantan United di tempat lawan pada Ahad.

Jaringan penyerang skuad Kijang Hijau, Dominik Balic pada minit ke-67 sudah cukup untuk menghampakan penyokong skuad Harimau Kumbang yang hadir ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan.

Keputusan berkenaan sudah tentu memberikan tekanan buat pasukan Utara tanah air itu apabila kedudukan mereka dalam carta Liga Super sudah semakin tergugat.

Mereka yang kini berada di tangga ke-10 hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan berbanding pasukan di tangga ke-11, Perak FC apabila masing-masing sudah mengumpul 19 mata setakat ini.

Kedua-dua pasukan bergelut Liga Super itu berdepan dalam satu aksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan pada Ahad. — Facebook/Penang FC

Bagi pengendali Penang FC, Chong Yee Fatt, kekalahan tersebut berpunca daripada keengganan pemainnya untuk melakukan gerakan serangan lebih berbahaya ke arah benteng pertahanan lawan.

“Mereka tidak cuba menyerang dengan agresif walaupun ada banyak masa untuk menyempurnakan jaringan. Penang FC juga tidak memberi tekanan kepada pemain lawan antara sebab kemenangan tidak berpihak kepada kami,” katanya kepada pemberita.

Kekalahan kepada skuad Kijang Hijau juga menyaksikan Penang FC gagal membawa pulang sebarang mata dalam enam aksi Liga Super berturut-turut.

Prestasi mengecewakan itu turut diburukkan lagi dengan penyingkiran awal mereka daripada Piala Malaysia di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC dengan agregat 5-0.

Selepas ini, skuad Harimau Kumbang bakal berdepan Harini FT dalam aksi timbal balik MFL Challenge Cup pada 6 Oktober dengan perlawanan berkenaan bakal berlangsung di tempat lawan. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘No import no hal’ buat Pahang Tulip, Johor Jewels kekal humble walau juara NSL 2022 – Sukan

Next Post

Berkat prestasi cemerlang, Suhaimi Husin terima seruan KPG sertai Harimau Malaya – Sukan

Related Posts