Wira Kelantan United pilih tamatkan kontrak awal, ikut Mendoza sertai kelab seberang? – Sukan


MUSIM Liga Super 2023 semakin menemui penghujugnnya dan hampir kesemua pasukan sudah mula melakukan perubahan terhadap skuad masing-masing.

Sebelum ini, Liga Super dikejutkan dengan pemergian penjaga gol Kuala Lumpur (KL) City FC iaitu Kevin Mendoza untuk bersama semula dengan Bojan Hodak di Persib Bandung.

Mendoza meninggalkan KL City selepas tiga tahun bersama dengan pemain itu menganggap kejayaan menjulang Piala Malaysia pada 2021 merupakan kenangan terindahnya di Cheras.

Kini, seorang lagi rakan senegara Mendoza bakal meninggalkan Liga Super untuk beraksi di kelab Indonesia.

Pemain Kelantan United FC, OJ Porteria memilih jalan untuk berpisah daripada kelab tersebut apabila menerima tawaran lebih baik daripada pasukan lain.

Porteria yang dianggap sebagai wira Sang Kijang Hijau memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal supaya dapat melengkapkan perpindahannya ke pasukan baharu dengan lebih awal.

Musim ini, Porteria telah menghasilkan tujuh gol serta tiga bantuan jaringan dalam 25 penampilan bersama kelab yang berpangkalan di Kota Bharu tersebut.

Berita pemergian Porteria ini telah diumumkan oleh Kelantan United menerusi laman media sosial mereka.

“Kelantan United FC dan OJ Porteria telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal.

“Porteria yang menyertai Sang Kijang Hijau pada awal musim tempoh hari dilaporkan telah mendapat tawaran kontrak lebih baik bersama kelab lain.

“Justeru itu, Kelantan United FC mencapai persetujuan bersama dengan penyerang antarabangsa Filipina itu untuk penamatan kontrak berkuat kuasa serta-merta,” kata Kelantan United dalam kenyataan mereka.

Porteria dilaporkan akan menyertai sebuah kelab Indonesia namun masih belum disahkan lagi pasukan mana menjadi destinasinya.

Di laman Twitter (X), Porteria secara terbuka mengucapkan selamat tinggal kepada Sang Kijang Hijau sebagai tanda perpisahannya bersama-sama kelab itu.

“Terima kasih Kelantan United,” tulis Porteria ringkas sambil memuat naik gambar-gambar kenangan bersama kelab itu.

Kini, Kelantan United perlu melakukan pencarian untuk penyerang import baharu untuk persediaan Liga Super musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Belum habis musim tapi Kpah dah ucap selamat tinggal kepada import Tok Gajah – Sukan

Next Post

Yazan sudah lupakan Selangor, ‘blacklist’ FAM – Sukan

Related Posts