‘Winger’ Harimau Muda jangka sentuhan Garrido lebih berbisa – Sukan


PEMAIN sayap pasukan bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) negara, T. Saravanan menjangka akan melihat pendekatan yang berbeza untuk pasukan itu selepas diambil alih oleh Ketua Jurulatih baharu, Juan Torres Garrido.

Pasukan B-23 kebangsaan bakal berkumpul untuk kem latihan berpusat dari 13 hingga 21 November dalam saingan Piala Asia Bawah 23 AFC yang dijadualkan pada April tahun depan di Doha, Qatar.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu tidak asing dalam kalangan pemain Harimau Muda kerana dia merupakan pembantu kepada E. Elavarasan yang kembali ke pasukan kebangsaan untuk membantu Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon.

Bagi Saravanan, Garrido merupakan seorang yang mesra dan disenangi tetapi kini dia menjadi seorang jurulatih, pemain mungkin melihat sisi yang lebih tegas akan ditampilkan olehnya.

“Ketika dia menjadi penolong jurulatih, dia bergaul dengan setiap pemain dengan baik. Tetapi sebagai Ketua Jurulatih sekarang, pemikirannya mungkin berbeza dan kami akan tahu apabila kami menyertai kem latihan minggu depan.

“Sebelum ini, bekas jurulatih Elavarasan sentiasa mahu kami melakukan asakan dan percubaan semasa perlawanan tetapi berbeza dengan Garrido yang sentiasa memberitahu kami untuk melihat situasi terlebih dahulu apabila melakukan tekanan. Dia juga melihat dinamik setiap pemain.

“Ia akan menjadi satu perubahan yang menarik dan saya tidak sabar untuk bekerja dengannya kerana kami berhasrat untuk buat yang terbaik di Piala Asia tahun depan,” kata pemain Kuala Lumpur (KL) City FC itu.

Saravanan, 22, percaya bahawa Garrido akan dibantu oleh bekas pemain antarabangsa Shukor Adan.

“Shukor, sebagai penolong jurulatih sekarang, akan menjadi orang yang baik untuk memotivasikan pemain memandangkan pengalamannya sebagai pemain dan karismanya di dalam dan di luar padang.

“Saya pernah bekerja dengannya dalam pasukan KL City FC. Dia bergaul baik dengan pemain, jadi komunikasi akan menjadi baik,” ujarnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Akibat kata-kata kesat, nasib Safiq Rahim pernah berada di tangan FAM – Sukan

Next Post

Selain Gabriel Peres, CEO Sabah kongsi bintang lain jadi buruan kelab domestik dan luar negara – Sukan

Related Posts