Watak utama Casemiro punca Man United ke Liga Juara-Juara – Sukan


LEGENDA Manchester United, Gary Neville berpendapat bahawa bekas pasukannya itu akan gagal dalam kelayakan ke Liga Juara-Juara tanpa pemain Carlos Henrique Casimiro atau lebih dikenali sebagai Casemiro.

Skuad kendalian Erik ten Hag mengesahkan kedudukan empat teratas dengan kemenangan 4-1 ke atas Chelsea pada Khamis.

Casemiro membuka tirai jaringan dalam perlawanan itu dengan tandukan pada minit keenam.

Casemiro membuka tirai jaringan dalam aksi menentang Chelsea.

Dalam satu kenyataan di Sky Sports, The Red Devils kini akan kembali ke Liga Juara-Juara musim depan selepas terlepas kejohanan kempen ini.

Neville mendakwa bahawa pasukan kendalian Ten Hag tidak akan mencapai kejayaan tersebut tanpa Casemiro.

“Tanpa Casemiro, United tidak akan kembali ke Liga Juara-Juara,” katanya.

Casemiro tiba di Manchester United dari Real Madrid musim panas lalu. Pemain kelahiran Brazil itu dianggap sebagai salah seorang pemain tengah pertahanan terbaik Eropah.

Selain itu, perpindahan Casemiro itu memberikan kelebihan kepada pasukan Manchester United bukan sahaja dari posisi pertahanan malah turut menyumbang kepada bahagian serangan.

Bekas pemain tengah Real Madrid itu membantu Manchester United mengukuhkan kedudukan mereka dalam pertandingan kelab elit Eropah.

Pemain berketinggian 1.85 meter itu menjaringkan tujuh gol dan memberikan enam bantuan dalam 49 perlawanan dalam semua pertandingan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 6 tahun bersabar diganggu haters, penyokong tegar jelita Selangor akhirnya buat repot polis demi keselamatan – Sukan

Next Post

‘He’s the same…’, legenda Kedah puji karakter otai lama, jeneral Sang Badak – Sukan

Related Posts