Waspada serangan 3 serangkai JDT, Cheng Hoe optimis Selangor cipta kejutan – Sukan


WALAUPUN bukan berstatus pasukan pilihan, Selangor FC percaya mampu mencipa kejutan buat pemenang Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Bagi ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, dia percaya bahawa anak-anak buahnya mampu mengalahkan JDT sekiranya barisan pemain Gergasi Merah itu mempamerkan aksi cemerlang dalam pentas final tersebut.

Jelasnya, para pemainnya perlu memberikan persembahan terbaik dan melebihi apa yang dipamerkan sewaktu perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC).

Mengimbau ketika pentas separuh akhir pada Isnin lalu, jurulatih kelahiran Kedah itu berasa kagum dengan persembahan pemainnya yang beraksi ibarat perlawanan final ketika aksi menentang TFC.

Pemain Selangor FC meraihkan kemenangan mereka ke atas skuad Penyu. — Facebook/Selangor FC

“Perlawanan menentang TFC memang kita lihat pemain bermain habis-habisan untuk dapatkan keputusan terbaik untuk layak ke final.

“Dalam bola sepak, sewaktu final apa-apa boleh berlaku, yang penting persembahan pemain pada malam itu. Sekiranya berjaya melakukan tugas mereka dengan baik, kemungkinan besar kita mampu buat kejutan.

“Sekali lagi kita cakap kepada semua, jumpa JDT bukan perkara yang mudah, mungkin lebih susah daripada perlawanan menentang Terengganu,” katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Cheng Hoe juga mengakui jika dibandingkan dengan pengalam JDT yang sudah beraksi beberapa kali di peringkat akhir, Selangor boleh disifatkan sebagai pasukan ‘underdog’.

Selain pengalaman, jurulatih berusia 54 tahun itu juga mengingatkan pasukannya agar mengawasi serangan tiga serangai Harimau Selatan.

Cheng Hoe (dua dari kanan) ketika sidang media perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022 yang berlangsung pada Jumaat. — Facebook/MFL

“Macam kita ketahui jentera serangan JDT Bergson (Bergson Da Silva), Forestieri (Fernando Forestieri) dan juga Arif Aiman yang begitu menyerlah tahun ini.

“Bukan sahaja tiga pemain malah secara keseluruhan pasukan JDT. setiap bahagian ada pemain yang cukup dan konsisten setiap perlawanan,” tambahnya.

Selepas menewaskan Terengganu secara agregat 3-2, skuad Gergasi Merah mengesahkan kemaraan ke pentas final kejohanan berprestij itu.

Kali terakhir The Red Giants menjulang Piala Malaysia adalah pada tahun 2015 dengan menundukkan Kedah 2-0.

Manakala, kali terakhir pasukan Selangor ke pentas final kejohanan berkenaan pada 2016 iaitu sewaktu pasukan Gergasi Merah gagal mengekalkan kejuaraan dengan tewas di tangan Sang Kenari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Elak bawa, kibar bendera politik pada aksi final Piala Malaysia – Sukan

Next Post

Afro akui gugup, Farizal waspada aksi final Piala Malaysia – Sukan

Related Posts