Waspada helah Hougang United, Sabah FC mahu contohi JDT dan KL City FC dalam Piala AFC – Sukan


SABAH FC memburu kemenangan ke atas wakil pasukan dari Singapura, Hougang United untuk memperoleh kelayakan awal ke separuh akhir Piala AFC dalam perlawanan Kumpulan H di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Khamis.

Selepas empat perlawanan, The Rhinos gah mengungguli kumpulan H dengan meraih sembilan mata, hanya beza tiga mata daripada Hai Phong dan PSM Makassar.

PSM Makassar, yang turut mengumpul enam mata, berada di tangga ketiga berikutan perbezaan jaringan yang lebih rendah manakala Hougang menduduki tangga tercorot kumpulan dengan tiga mata.

Berbaki dua lagi perlawanan berbaki di peringkat kumpulan, laluan ke pusingan separuh akhir masih terbuka luas dan Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak memandang rendah kepada pasukan tuan rumah.

Kelincahan dan ketajaman Saddil Ramdani (tengah) pastinya ditagih untuk membantu Sabah FC meraih tiga mata penting di laman lawan. — Facebook/Sabahfc

Hal ini kerana, Kim Swee mempunyai pengalaman yang baik dalam bidang bola sepak Singapura ketika dia pernah membimbing skuad Harimau Muda meraih tempat keempat Liga Singapura (Liga S) musim 2012.

Meskipun begitu, Kim Swee berkata, perlawanan tersebut amat penting namun tidak mahu memandang rendah keupayaan Hougang yang turut memiliki helah tersendiri dalam perlawanan itu.

“Ia perlawanan penting untuk kedua-dua pasukan, saya menjangkakan perlawanan yang sukar. Ia akan menjadi perlawanan yang menarik dan kami tidak boleh mengambil mudah tetapi diharapkan, kami boleh memperoleh keputusan yang positif,” kata bekas jurulatih pasukan kebangsaan itu.

Sabah menewaskan Hougang 3-1 di tempat sendiri pada September lalu tetapi Kim Swee menambah bahawa intensiti akan berbeza kerana kedua-dua pasukan memerlukan keputusan yang baik.

“Kami memerlukan keputusan yang baik untuk meletakkan kami dalam situasi yang baik.

“Ia bagus untuk kembali ke sini tetapi ia sama sekali berbeza sekarang. Saya bersama pasukan Harimau Muda dalam Liga S dahulu, kini saya bersama pasukan kelab kembali ke sini.

“Tidak bermakna dengan rekod lampau di Singapura ia akan menjadi mudah, kita boleh hanya mendapat keputusan yang baik dengan kerja keras.

“Kami perlu fokus sepenuhnya, kami menjangkakan permainan berbeza akan ditampilkan oleh Hougang. Kami mempunyai momentum, kami sangat berdisiplin dalam beberapa perlawanan terakhir kami.

“Jadi kami boleh memperoleh keputusan yang positif,” kata Kim Swee, yang menambah harapan mereka adalah untuk mencontohi Johor Darul Takzim (JDT), yang memenangi Piala AFC pada 2015 dan Kuala Lumpur City FC, yang merupakan naib juara Piala AFC pada 2022. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Angkara kata-kata kesat, tak pasal-pasal Dion Cools dilabel antara ‘budak jahat’ Buriram United – Sukan

Next Post

Puji rakan sepasukan, Ivan Mamut anggap kunjungan ke Australia sebagai azimat persediaan Piala Malaysia – Sukan

Related Posts