Wartawan Thailand beri ‘hint’ halus, tonggak Gajah Perang bakal ke JDT? – Sukan


SELEPAS hampir tiga bulan disajikan dengan berita kemasukan pemain-pemain baharu, penyokong Liga Malaysia akhirnya boleh menarik nafas lega.

Berdasarkan kalender Liga Bolasepak Malaysia (MFL), jendela perpindahan sudah ditutup menjelang aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC yang mana juga merupakan perlawanan pertama Liga Super.

Setakat ini, beberapa kelab sudahpun menyenaraikan kesemua pemain yang sempat didaftarkan pasti sudah tidak sabar-sabar untuk mempamerkan belang masing-masing.

Jendela perpindahan yang berlangsung sebelum ini juga menyaksikan pelbagai import daripada serata dunia bakal memulakan karier mereka di Liga Malaysia.

Pemain-pemain seperti Willian Lira, Oscar Arribas dan Ayron del Valle merupakan antara nama-nama yang pastinya ditunggu-tunggu penyokong kelab-kelab tempatan.

Bagaimanapun, ketika ini, terdapat ura-ura yang bertebaran di media sosial mengenai kehadiran seorang lagi import meskipun tempoh pendaftaran pemain sudah ditutup.

Adakah Thitiphan bakal berhijrah ke Liga Super pada Julai nanti? — Agensi

Ia berikutan satu hantaran seorang wartawan Thailand, Offeris Wichitchote yang mengatakan pemain negara itu, Thitiphan Puangchan bakal berhijrah dalam masa terdekat.

“Selamat datang Thitiphan Puangchan ke Liga Super,” tulisnya ringkas pada Khamis.

Wartawan yang ketika ini berkhidmat bersama agensi media Thailand, news.ufadb itu bagaimanapun tidak mendedahkan informasi lanjut mengenai khabar angin itu walaupun didesak penyokong bola sepak negara.

Namun, berdasarkan pemerhatian lanjut, Wichitchote boleh dikatakan sebagai seorang peminat tegar juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) berdasarkan ‘risikan’ di akaun media sosial peribadinya.

Hasil carian mendapati Thitiphan masih terikat bersama kelab Thailand, Bangkok United selepas menyertai pasukan tersebut pada 2022.

Selain boleh beraksi di posisi tengah, pemain berusia 29 tahun itu juga kerap diturunkan sebagai perancang pasukan seperti mana dapat disaksikan ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Musim ini, Thitiphan sudah mencetak dua gol peribadi di samping mencipta dua bantuan jaringan dalam 19 penampilan Liga Thailand.

Bersama skuad Gajah Perang, pemain bertubuh kecil itu sudah menyertai beberapa pertandingan Piala AFF, termasuk menjuarai kejohanan tersebut awal tahun ini.

— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Kerja-kerja baiki lampu Stadium Ipoh selesai, aksi Perak-Kedah ‘on’ – Sukan

Next Post

‘Be profesional, turunkan sahaja pemain pinjaman bagi tingkatkan mutu bola sepak Liga M’ – Sukan

Related Posts