Wanita ligan pemain senior Liga Super didakwa tak lunas hutang RM89,000 – Sukan


GARA-GARA tidak membayar hutang, seorang wanita nekad menggunakan kuasa media sosial untuk menagih hutang daripada seorang lelaki.

Menerusi perkongsian video TikTok, @Surimaajun memuat naik foto lelaki yang juga dipercayai seorang pemain senior bola sepak Liga Super.

Menjengah ruangan komen, wanita berkenaan mendedahkan bahawa lelaki terbabit meminjam duitnya yang berjumlah RM100,000 kerana ingin membuka sebuah kedai makan.

Difahamkan, pemain bola sepak berkenaan sudah membayar RM11,000 namun menghilangkan diri selama empat bulan meskipun sudah berjanji untuk membayar RM4,000 secara bulanan.

“Saya fund dia duit kedai makan RM100,000, baru bayar RM11,000. Ada lagi RM89,000 dia janji nak bayar setiap bulan RM4,000, hanya tiga bulan sahaja dia bayar lepas tu dah tak bayar empat bulan,” katanya.

Tangkap layar hantaran tersebut. —TikTok/@Surimaajun

Tambah @Surimaajun lagi, pemain bola itu turut memberi alasan dengan mengatakan kelab bola dinaunginya menahan gaji selain mendakwa dirinya dimaki oleh penghutang berkenaan.

“Bila minta alasan pasukannya hold gaji, tak kan lah empat bulan tak dapat gaji, satu sen pun dah tak bayar sekarang ni. Bila minta banyak alasan siap maki saya lagi.

“Kalau saya maki tu memang logik sebab tak bayar hutang kita, tapi saya pulak dia maki,” katanya.

Bagaimanapun, meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya menasihati agar wanita itu memadam video tersebut kerana ia seperti membuka aib individu tersebut.

“Banyak cara nak kutip hutang ni, macam ni aku tak setuju sebab bila dia dah settle hutang dengan awak, aib hutang dia awak tak akan dapat cover semula dah. Guna saluran yang betul,” kata @Erham_Nurraiz.

“Faillah mahkamah buat tuntutan di sana, cara begini dia boleh kenakan awak balik dengan saman malu,” kata @mry_689. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Financial Fair Play’ bagus untuk Liga M dengan syarat jangan prejudis pendapatan kelab lain — Pakar – Sukan

Next Post

Tak sabar kembali beraksi di posisi lama, The City Boys ada senjata ‘rahsia’ benam Harimau Kumbang – Sukan

Related Posts