Walaupun dibelasah Selangor FC, CEO Perak FC tetap puji keperibadian ‘Kedahan’ – Sukan


SELANGOR FC membelasah Perak FC 4-0 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada Sabtu dan membawa pulang tiga mata berharga.

Turun dengan kesebelasan terbaik, anak buah Tan Cheng Hoe bagaimanapun hanya berhasil menembusi kubu Bos Gaurus memasuki lima minit terakhir sebelum wisel separuh masa pertama ditiup menerusi jaringan pemain import Colombia Ayron del Valle dan Faisal Halim.

Bersambung babak kedua, Selangor terus melebarkan jaringan kepada 3-0, kali ini giliran pemain tengah Muhammad Mukhairi Ajmal mencetak nama selaku penjaring apabila rembatan padu daripada luar kotak penalti pada minit ke-51 gagal ditepis kemas Shaheeswaran.

Ayron kemudian terus menjadi duri dalam daging kepada pasukan tuan rumah apabila mudah menanduk masuk bola hantaran lintang dari sebelah kanan gawang dilakukan Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-69 sekali gus menjadikan kedudukan 4-0 sehingga wisel penamat ditiup.

Tangkap layar video rusuhan yang berlaku antara penyokong Perak FC dan Selangor FC dalam aksi perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Ipoh, Perak pada Sabtu.

Perlawanan ‘El Clasico Malaya’ itu turut dicemari dengan insiden pergaduhan tercetus membabitkan penyokong Perak FC dan Selangor FC apabila sekumpulan penyokong skuad Seladang menyerbu ke arah kawasan menempatkan penyokong pelawat.

Kehadiran bebeberapa orang anggota polis yang menjaga kawasan tersebut dilihat gagal mengelakkan berlaku pertembungan fizikal antara penyokong kedua-dua pasukan terbabit.

Pergaduhan tersebut bagaimananapun dapat disuraikan dengan kehadiran beberapa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang segera hadir ke lokasi tersebut.

CEO Perak bersama Tan Cheng Hoe. — Facebook/Ariesham

Walaupun berlaku pergaduhan dan ditewaskan dengan jaringan yang besar oleh pasukan lawan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin masih memberi kata-kata pujian buat pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe di Facebook.

“Tidak pernah gagal untuk menyapa saya setiap kali dia melihat saya, sikap orang Kedah sentiasa seperti itu.

“Sikap kesopanan mereka adalah sesuatu yang lain,” katanya di Facebook.

Perak kini menghuni tangga ke-11 Liga Super dengan enam kekalahan, tiga seri dan dua kemenangan dengan hanya sembillan mata berjaya dikumpul setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Arsenal tewas mengejut, Manchester City rai kejuaraan EPL lebih awal – Sukan

Next Post

Selain perlawanan ‘El Clasico Malaya’, 3 lagi insiden pergaduhan pernah membabitkan kasual Perak – Sukan

Related Posts