Walau sudah ‘bercerai’, Barcelona tetap ingat hari jadi Messi… Siap buat video kompilasi

OGOS depan menandakan genap setahun Lionel Messi meninggalkan Barcelona, kelab yang dinaunginya selama 21 tahun.

‘Pemergian’ Messi sememangnya menyakitkan, dan sungguhpun telah ‘berpisah’, skuad Blaugrana tetap mengingati hari lahirnya yang ke-35 yang jatuh pada 24 Jun.

Kelab itu bukan sahaja mengucapkan selamat hari lahir di rangkaian media sosial, tetapi turut membuat kompilasi detik-detik terbaik Messi yang disiarkan di laman web rasmi mereka.

Kompilasi tersebut terdiri daripada detik-detik seperti penampilan sulungnya, persembahannya di Estadio Santiago Bernabeu, gol, bantuan, sesi latihan, persahabatan dengan Neymar, beberapa wawancara dan anugerah yang dirangkul oleh bintang Argentina itu.

Messi, yang kini sedang bercuti bersama keluarganya di Ibiza, meninggalkan Camp Nou pada 5 Ogos 2021.

Messi yang kini merupakan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) juga merupakan pemain dengan Kasut Emas terbanyak (enam kali), meraih paling banyak hadiah Ballon d’Or (enam kali), juga menjadi satu-satunya pemain dalam sejarah bola sepak yang memenangi Ballon d’Or, Pemain Terbaik Dunia Fifa, Trofi Pichichi dan Kasut Emas pada musim yang sama (2009/10). – Marca

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Lima permainan esport paling berpengaruh yang setiap gamers perlu tahu

Next Post

Mo Salah, Darwin Nunez ‘belanja’ gambar tak pakai baju… Ramai peminat teruja

Related Posts