‘Wahai fans JDT, apa kata ikut resmi padi’, Boys of Straits ditegur suka ‘bakar’ pasukan lain? – Sukan

KEJAYAAN sesebuah pasukan bola sepak sememangnya didorong kuat oleh kelab penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang sama ada ketika jatuh mahupun di puncak kejayaan.

Sokongan padu di stadium mahupun di laman media sosial, kedua-duanya memainkan peranan penting pada persembahan pasukan ketika beraksi menentang lawan dan antara kelab penyokong yang paling sensasi di Malaysia semestinya penyokong JDT.

Namun begitu, tidak dinafikan kelab penyokong JDT atau lebih dikenali sebagai ‘Boys of Straits’ sering kali terpalit dengan isu kontroversi apabila mereka terlampau memberi tekanan pada pasukan lain.

Sering melemparkan kata-kata provokasi dan sindiran pada pasukan lain, sesetengah pihak mula berpendapat ‘Boys of Straits’ bersifat terlampau fanatik terhadap pasukan kegemarannya itu.

Pasukan JDT merupakan pendahulu liga perdana Malaysia ketika ini. — Agensi

Cekmat Rahmat di laman Facebook berpendapat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh penyokong kelab itu sememangnya menyakitkan hati.

“Betul kadang-kadang fan JDT ni berlebih buat kenyataan hingga menyakitkan hati org lain, agaknya memang itu niat mereka menyakitkan hati fan negeri lain.

“Tak boleh ke korang ikut resmi padi dan fan pasukan lain pulak janganlah buat provokasi bila kalah tu.. terimalah kenyataan dan beri peluang team perbaiki diri,” katanya.

Seorang lagi penyokong, Faiz Haziq pula berkata sebesar mana pun kelab bola sepak itu, satu masa nanti mereka pasti akan jatuh.

“Ingat,sehebat mana dan semegah mana pun pasukan bola tersebut pasti akan tersungkur kelak contoh terdekat,The Red Warrior dulu disegani tetapi di mana mereka sekarang.

“Mungkin sekarang sebab TMJ yang pegang dan kawal semua, tetapi apa akan jadi andai satu hari nanti TMJ sudah tiada?

“Seeloknya kita sebagai penyokong sama-sama menghormati dan memeriahkan dunia bola sepak di Malaysia, bukan dengan provok atau pandang rendah pada pasukan lain,” katanya.

Untuk rekod ‘Boys of Straits’ adalah antara kelab penyokong terbesar di Malaysia dengan jumlah pengikut melebihi 280,000 pengikut di Facebook dan 84,000 di Instagram.

Pasukan JDT kini sedang berada di puncak liga perdana dan akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Pearly Tan-M Thinaah rangkul emas ketujuh Komanwel, lepasi sasaran pingat kontinjen negara – Sukan

Next Post

‘Sabah FC bukan untuk 11 pemain saja,’ Alto pegang kata azimat OKS kembali bangkit – Sukan

Related Posts