Vietnam pandang lekeh Harimau Malaya, anggap mudah ditewaskan – Sukan


BAHANG Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 semakin dirasakan dalam kalangan penyokong bola sepak Malaysia terutama selepas skuad Harimau Malaya akan berdepan dua pesaing utama, Vietnam dan Singapura dalam kumpulan B, lapor Vocket FC.

Ia semakin hangat apabila media Vietnam menganggap Malaysia adalah lawan yang mudah untuk ditewaskan.

Bercakap kepada media Vietnam iaitu Bongda Plus, dua pakar bola sepak negara itu iaitu Quang Huy dan Quang berpendapat lebih baik pasukan negaranya berhadapan dengan Malaysia berbanding Indonesia atas beberapa sebab tertentu.

“Saya fikir ini adalah kumpulan yang menarik. Vietnam adalah calon yang bagus. Jujur saja, bertemu Malaysia lebih mengujakan bagi saya daripada bertemu Indonesia.

“Menurut saya, ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dan ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong banyak bertemu kebelakangan ini.

“Oleh itu, saya lebih bersemangat apabila Vietnam bertemu Malaysia. Selain itu, gaya yang diterapkan oleh Vietnam nampak lebih mudah.

“Taktik dari Hang-seo banyak melibatkan gerakan yang tidak dijangka dan disebabkan itu skuad Vietnam sebab mudah untuk memperdaya Malaysia.

Vietnam berjaya merangkul kejuaraan Piala AFF Mitsubishi Electric pada edisi lalu.

“Sementara Indonesia, mereka lebih keras kepala dalam beraksi dan Tae-yong sudah memahami taktikal yang digunakan oleh Hang-seo,” katanya.

Kehebatan Vietnam sememangnya tidak dapat disangkal lagi dan perkara itu juga diakui oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Alexandre Polking yang berasakan skuad kendalian Hang-seo merupakan pesaing utama pada kejohanan itu nanti.

Mana tidaknya, pasukan itu juga berjaya merangkul kejuaraan Piala AFF Mitsubishi Electric pada edisi lalu.

Menurut Polking, rata-rata pasukan mempunyai kelebihan masing-masing dan beliau menjangkakan skuad bimbingannya akan berdepan cabaran sukar.

“Indonesia, Malaysia, Singapura dan Filipina adalah pasukan yang bagus tetapi saya melihat Indonesia lebih istimewa berbanding pasukan lain.

“Ini kerana mereka menggunakan barisan pemain sama yang beraksi bersama-sama sejak beberapa tahun di bawah ketua jurulatih yang sama. Ini semua lawan yang sukar.

“Akan tetapi, secara keseluruhan kita tahu Vietnam adalah pesaing utama. Mereka adalah satu pasukan yang cukup bagus,” kata Polking.

Thailand diundi dalam kumpulan A bersama finalis edisi lalu iaitu Indonesia, Filipina, Kemboja dan pemenang aksi play-off antara Brunei menentang Timor Leste. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hanya kerana mulut, hukuman gantung Nunez mungkin dilanjutkan – Sukan

Next Post

Selalu hilang fokus, kapten MU harap segalanya berubah berdepan TFC – Sukan

Related Posts