[VIDEO] YouTuber keluarkan kad Uno ‘reverse’ lepas kena kad kuning – Sukan


TINDAKAN seorang YouTuber, Max Fosh yang memberi kad Uno ‘reverse’ kepada pengadil semasa perlawanan bola sepak amal Sidemen FC pada Sabtu mencuri tumpuan penyokong bola sepak dan disifatkan sebagai perkara mencuit hati yang pernah berlaku di padang.

Dalam rakaman video tersebut, pengadil Liga Perdana dan FIFA, Mark Clattenburg dan pempengaruh YouTube, Max Fosh mencuri tumpuan penyokong di Stadium London apabila Fosh yang beraksi untuk YouTube All Stars membuat terjahan ke atas pemain Sideman FC, Simon Minter.

Susulan itu, Clattenburg tidak teragak-agak melayangkan kad kuning terhadap pempengaruh terkenal itu pada minit ke-78.

Bagaimanapun, Fosh kemudiannya mengeluarkan kad Uno ‘reverse’ untuk menukar keputusan pengadil berkenaan.

Insiden ini tular di media sosial dengan ramai geli hati dengan tindakan pempengaruh tersebut.

Lebih menarik lagi, insiden itu merupakan yang pertama kali berlaku dalam perlawanan bola sepak dan dijangka tidak berulang lagi.

Perlawanan itu menyaksikan Sidemen FC meraih kemenangan dengan keputusan 8-5 menentang YouTube All Stars 2023 dan meraih kutipan derma RM14 juta..— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TFC diminta waspada, pengalaman Liga M bersama Johor senjata Abbas Saad buat Coast Mariners – Sukan

Next Post

Minit permainan penting? Akhyar Rashid bukti keputusan tepat KPG – Sukan

Related Posts