[VIDEO] Utamakan bakat tempatan, Penang FC beri bayangan tak bergantung khidmat import musim depan – Sukan


SEBELUM ini, berita gembira diterima penyokong Penang FC apabila dikhabarkan pasukan berkenaan bakal dirombak selepas satu lagi musim Liga Super yang mengecewakan.

Dalam 23 perlawanan diharungi, skuad Harimau Kumbang hanya mencatatkan lima kemenangan dan lima keputusan seri dengan pulangan berkenaan menyaksikan mereka terperosok ke tangga ke-11 liga.

Prestasi mengecewakan turut dialami mereka yang disingkirkan awal daripada saingan Piala FA dan Piala Malaysia dengan nasib sama juga dihadapi dalam MFL Challenge Cup.

Jadi, dalam usaha mengubah situasi berkenaan, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan baharu Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen sudah membuat beberapa perubahan baharu.

Antara langkah awal yang diambil adalah dengan menggugurkan Pengarah Teknikal kelab, Kamal Kalid serta pengurus Penang FC, Ong Eng Hua berkuat kuasa Ogos lalu.

Selain itu, ketua jurulatih, Chong Yee Fatt dan pembantu jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid turut direhatkan oleh pasukan sehingga selesai perlawanan Liga Super musim 2023.

Menerusi perkongsian video Penang Brotherhood, Daniel Gooi Zi Sen memberi bayangan bahawa musim depan Harimau Kumbang tidak akan menggunakan 100 peratus (%) khidmat pemain import.

“Dalam perancangan kami, tapi konteks yang ingin yang saya sampaikan kita (Penang FC) bukannya nak gunakan 100% khidmat pemain tempatan.

“Kita sebenarnya nak kurangkan kebergantungan kepada pemain import, sebab saya rasa mungkin ada dalam kalangan pemain tempatan yang berbakat menunjukkan prestasi tinggi apa salahnya.

“Anak-anak kita (Penang) menjadi naib juara dalam MSSM tidak keterlaluan kalau kita beri keutamaan kepada mereka untuk diserap masuk ke dalam pasukan Penang.

“Mungkin bukan di peringkat Liga Super, tapi kita ada pasukan Piala Belia dan Presiden untuk dilihat bakat-bakat khususnya akar umbi kita sendiri di Pulau Pinang ini untuk kita pastikan mereka ada landasan yang cerah bola sepak Pulau Pinang,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cabaran ‘King of Asean’ bermula, Harimau Muda diundi bersama Vietnam, Kuwait dan Uzbekistan – Sukan

Next Post

[VIDEO] Gara-gara berebut letak ‘banner’, fans Brazil dan Argentina bercakaran di stadium – Sukan

Related Posts