[VIDEO] Ultras jadi punca aksi Liga 2 Indonesia bertukar kecoh, paksa polis guna gas pemedih mata – Sukan


PERLAWANAN Liga 2 Indonesia antara Gresik United dan Deltras Sidoarjo di Stadium Gelora Joko Samudera pada Ahad bertukar kecoh sehingga memaksa campur tangan polis.

Dalam laporan media luar negara, kejadian berpunca daripada pertelingkahan antara ultras kedua-dua pasukan yang berlangsung sepanjang perlawanan.

Insiden menjadi tidak terkawal selepas wisel penamat ditiupkan dengan beberapa saksi mengatakan berlakunya pergaduhan di luar stadium.

Situasi kemudiannya dilaporkan semakin buruk apabila ada antara mereka bertindak membaling objek terhadap pihak keselamatan yang cuba menenangkan suasana.

Kekecohan itu dilaporkan semakin teruk sehingga memaksa pihak polis untuk masuk campur dan menggunakan gas pemedih mata yang dilepaskan dengan senapang bagi meleraikan orang ramai.

Polis menggunakan senapang untuk melepaskan gas pemedih mata terhadap orang ramai.

Walaupun terdapat usaha daripada sebahagian penyokong supaya tidak lagi melepaskan gas berkenaan, beberapa anggota dilihat mengendahkan permintaan terbabit.

Sehingga kini, tiada kenyataan dibuat pihak polis Kalimantan berkaitan insiden tersebut, namun tiada nyawa yang terkorban dalam insiden itu.

Dalam pertembungan berkenaan, Gresik United yang merupakan tuan rumah mengalami kekalahan 1-2 meskipun meraih kelebihan terlebih dahulu menerusi penalti Victor Bertomeu.

Deltras Sidoarjo berjaya bangkit dalam aksi terbabit dengan jaringan Rosalvo Junior serta Risal Amin yang memastikan tiga mata milik pasukan pelawat.

Gresik United kini berada di kedudukan ketiga Kumpulan C Liga 2 Indonesia manakala kemenangan Deltras Sidoarjo membantu mereka menduduki tangga kedua. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sesuai tandingi Saddil dan Fayadh, No.17 Kyrgyzstan jadi rebutan kelab Liga Super – Sukan

Next Post

Syihan janji betulkan kesilapan, anggap latihan tambahan bukan hukuman Pan-gon – Sukan

Related Posts