[VIDEO] Trik licik Liridon main peranan hantar TFC ke final Piala Malaysia – Sukan


TERENGGANU FC (TFC) berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan agregat 4-2 selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) 2-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada Jumaat.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan TFC bakal berdepan dengan penyandang Piala Malaysia musim lepas, Johor Darul Takzim (JDT) pada 9 Disember nanti.

Dalam perlawanan itu, Ivan Mamut meledak dua jaringan sekali gus memastikan kemaraan Terengganu ke final Piala Malaysia 2023.

Bagaimanapun, terdapat insiden berlaku dalam perlawanan tersebut yang melibatkan pemain naturalisasi negara.

Menerusi satu perkongsian video, Liridon Krasniqi dilihat seperti membuang masa dalam aksi itu memandangkan masa perlawanan hampir tamat.

Dalam video tersebut, Liridon yang diusung menggunakan pengusung dilihat seperti sengaja menjatuhkan badannya ketika menuju ke luar kawasan padang.

Dalam pada itu, pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin tidak teragak-agak untuk melayangkan kad kuning kepada pemain kelahiran Kosovo itu.

Meskipun kedua-dua pasukan meneruskan aksi bertenaga selepas jaringan tersebut, kedudukan 2-1 kekal memihak Terengganu untuk membawa mereka ke perlawanan akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kalau tak buat aduan, tak selesailah masalah — Safee Sali – Sukan

Next Post

Devan dijangka ‘move on’, ex coach Pahang jadi sasaran kendali skuad Jang – Sukan

Related Posts