[VIDEO] Tonggak India buat ramai cair, sempat cari isteri sebelum separuh akhir Piala Dunia Kriket – Sukan


SATU perlawanan kriket cukup hangat dalam separuh akhir Piala Dunia ICC 2023 antara India dan New Zealand di Stadium Wankhede, India pada Rabu.

Pertembungan berkenaan menyaksikan tuan rumah meraih kemenangan penting dengan skor 70 larian apabila mereka mengumpul 397/4 mata sementara pihak lawan hanya mencatatkan 327 mata.

Bagaimanapun, tumpuan berbeza diberikan apabila tonggak utama kriket India, Virat Kohli sempat mencari isterinya, Anushka Sharma ketika perlawanan sedang berlangsung.

Dalam satu video yang tular, bintang berusia 35 tahun itu sedang berada di dalam bilik persalinan yang terletak di bawah tempat duduk penonton layanan khas (VIP).

Virat kemudiannya bertindak menjengah ke arah balkoni untuk bertentang mata dengan Anushka, yang merupakan seorang pelakon wanita ternama di India.

Bagaimanapun, pemain tersebut gagal untuk mencari teman hatinya itu yang kelihatan sedang memberi tumpuan ke arah padang sebelum perlawanan berlangsung.

Namun, ia tidak memberi kesan terhadap persembahan Virat yang muncul sebagai antara pemain terbaik perlawanan apabila menyumbang 117 mata.

Kemenangan itu juga menyaksikan India bakal melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia ICC dengan mereka bakal berdepan Afrika Selatan atau Australia.

Mereka pastinya mahu mencatatkan kejayaan dalam pertandingan bertaraf dunia itu selepas kali terakhir pasukan Asia tersebut hanya menamatkan saingan di peringkat separuh akhir. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siaran langsung hadapi gangguan, Bobie beri tawaran buat penyokong TBG – Sukan

Next Post

[VIDEO] Reaksi bapa Luis Diaz saksi anak jaring 2 gol tundukkan Brazil buat semua terharu – Sukan

Related Posts