[VIDEO] Tiada lagi ‘siu’, Ronaldo kini bersujud lepas jaringkan gol – Sukan


PENYERANG sensasi antarabangsa, Cristiano Ronaldo membuktikan usia bukanlah penghalang buatnya untuk terus bersinar dalam arena bola sepak.

Selepas khidmatnya terus dilupakan di Eropah, pemain kelahiran Portugal itu memilih untuk mengembangkan pengaruhnya apabila menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr pada awal tahun lalu.

Meskipun langkah tersebut menerima kritikan daripada pelbagai pihak, Cristiano mengambil pendekatan untuk terus bersinar di atas padang.

Kini, memasuki penghujung musim, penyerang berusia 38 tahun itu berjaya meneruskan rentak terbaiknya apabila mengumpul 14 gol peribadi dalam hanya 15 penampilan.

Ia termasuk satu jaringan kemenangan baru-baru ini ketika pertemuan antara Al Nassr dan Al Shabab dalam aksi liga yang berlangsung di Stadium KSU, Arab Saudi pada Rabu.

Percubaan derasnya pada minit ke-59 permainan gagal diselamatkan penjaga gawang lawan, Kim Seung-gyu, sekali gus menghangatkan suasana di stadium berkenaan.

Namun, gol itu tidaklah begitu menarik perhatian apabila sebaliknya Cristiano Ronaldo menyambut jaringan tersebut dengan bersujud di atas padang.

Menerusi rakaman amatur yang dimuat naik di laman Twitter, pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu berbuat demikian ketika dia dikerumuni oleh rakan sepasukan dan staf kejurulatihan.

Hal itu jelas menarik perhatian ramai pihak, terutamanya peminat setia penyerang tersebut yang mengetahui bahawa dia merupakan pemeluk agama Kristian.

Kemenangan berkenaan juga menyaksikan Al Nassr terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Al Ittihad dengan kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan tiga mata ketika ini.

Keputusan tersebut juga terus menghidupkan peluang kelab berkenaan untuk layak ke Liga Juara-juara AFC (ACL) selepas gagal untuk beraksi di pentas Asia musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Percaya atau tidak, 4 sebab kenapa Nafuzi patut ‘goyang’ jumpa Faisal Halim – Sukan

Next Post

Bukan 3, tapi 4 calon terbaik Sri Pahang gantikan tiga bintang ‘loan’ JDT – Sukan

Related Posts