[VIDEO] Terlebih layan aksi ala Sergio Ramos, coach tenangkan budak merintih lepas kena terjah lawan – Sukan


BUKANNYA menjadi platform mengasah bakat tapi perlawanan di peringkat akar umbi bertukar mimpi ngeri kepada pemain bola sepak kanak-kanak apabila ditimpa terjahan keras daripada pihak pemain lawan.

Dalam satu video yang dimuat naik seorang pengguna Facebok bernama Juraimi Desa mempamerkan seorang pemain kanak-kanak diterjah oleh pemain lawan sehingga menyebabkan dia merintih kesakitan.

Perlawanan bola sepak yang dipercayai melibatkan kanak-kanak bawah lapan tahun tersebut jelas mengundang keresahan dalam kalangan ibu bapa, jurulatih serta penyokong bola sepak tempatan.

Rata-rata daripada kelompok ibu bapa dan penyokong bola sepak risau jika terjahan keras yang dialami ketika muda boleh mendatangkan kecederaan serius sehingga merencatkan karier bola sepak mereka pada masa depan nanti.

“Bola sepak akar umbi. Kali terakhir aku layan game rasanya tiada nampak aksi macam ini. Kalau ada pun atas 12 tahun ada jugak tapi tak selalu. Tapi ini dari video nampak bawah lapan atau bawah 10 saja main.

“Kalau dah macam ni gaya parap rasanya makin banyak kes patah kaki budak-budak. Salah siapa? Pemain jarang nak buat, jadi jurulatih atau ibu bapa,” tulis pengguna Facebook berkenaan.

Lokasi dan kejohanan perlawanan berkenaan bagaimanapun masih tidak diketahui namun ia dipercayai melibatkan pertandingan bola sepak kanak-kanak berusia lapan tahun ke bawah.

Dalam video berbeza, kelihatan jurulatih pemain diterjah itu menenangkan budak lelaki berkenaan yang jelas sedang menahan kesakitan dan nasib menyebelahi kanak-kenak tersebut apabila tiada kecederaan serius dilaporkan.

Manakala, pemain lawan berkenaan pula diberikan amaran oleh pengadil perlawanan dan dilayangkan kad kuning kerana terjahan keras yang dilakukan itu.

Menyoroti komen-komen daripada penyokong bola sepak tempatan rata-ratanya menyatakan kemungkinan bahawa pemain itu banyak melihat aksi bek tengah ternama Sepanyol, Sergio Ramos yang sememangnya sinonim dengan terjahan berbahaya.

“Gila, banyak sangat tengok Ramos ini. Memang jadikan Ramos ini sebagai idola,” kata penyokong bola sepak, Ezal.

“Kena tackle dengan Sergio Ramos….harap tidak cedera budak itu. Makan kaki terus tu,” tambah penyokong, Nick Nadya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] CR7 tolak penalti, suruh pengadil semak VAR – Sukan

Next Post

Kedah ada kelebihan, Selangor ada momentum — Legenda Sang Kenari – Sukan

Related Posts