[VIDEO] ‘Terfikir tidak boleh berjalan lagi’, Ashraf ‘update’ status kecederaan koyak buku lali – Sukan


AKSI bola sepak sosial yang difahamkan berlangsung di Kerteh, Terengganu bertukar tragis apabila seorang pemain mengalami kecederaan serius di buku lalinya pada Jumaat lalu (15 September).

Difahamkan perlawanan persahabatan di antara Kucalana United dan Kijal FC itu dihiasi dengan insiden mengerikan yang menyebabkan seorang pemain mengalami kecederaan serius.

Aksi bola sepak amatur di Kerteh, Terengganu bertukar ngeri apabila seorang pemain mengalami kecederaan serius setelah diasak pihak lawan.

Kredit: @farisbenzas pic.twitter.com/LUBImqUv1Z

— Majoriti (@majoritionline) September 17, 2023

Muhammad Ashraf Hadi Nik Mat, 18, berkata, ketika kejadian dia berasa sangat cemas dan tidak sangka kejadian itu akan mendapat perhatian orang ramai.

“Saya sebenarnya tidak sangka video kejadian itu akan viral di media sosial.

“Semasa kejadian saya berasa sangat cemas dan takut kerana memikirkan tidak boleh berjalan lagi selepas ini.

“Ketika kejadian saya mewakili Kucalana United,” katanya kepada Majoriti.

Ashraf (tengah) bermain di posisi penyerang.

Tambahnya lagi, Ashraf yang beraksi sebagai penyerang Kucalana United kini selamat menjalani pembedahan di Hospital Kemaman dan sudah dua hari berehat di rumah.

“Alhamdulillah keadaan kaki saya semakin pulih selepas berjaya melakukan pembedahan di Hospital Kemaman.

“Kecederaan ini akan memberi sedikit kesan untuk saya bermain bola selepas ini. Ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali beraksi.

“Saya berharap selepas ini akan bermain dengan lebih berhati-hati dan sentiasa beringat,” jelasnya.

Keadaan kaki Ashraf selepas menjalani pembedahan.

Sejak kebelakangan ini, beberapa aksi bola sepak sosial mula mendapat perhatian daripada pengguna di media sosial berikutan insiden-insiden kurang menyenangkan.

Pertelingkahan antara pemain serta pergaduhan dengan pengadil merupakan sebahagian momen yang terjadi sehingga ia dikhuatiri akan menjejaskan mutu sukan itu dalam kalangan masyarakat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Kenali Prichard Colon, peninju 31 tahun yang lumpuh akibat kecuaian orang lain – Sukan

Next Post

JDT mendonia, ucapan David Beckham jadi inspirasi TMJ – Sukan

Related Posts