[VIDEO] Tak sempat capai jersi peminat, legenda Barcelona terjatuh dari tempat tinggi – Sukan


https://x.com/mundodeportivo/status/1717081323020365828?s=2BEKAS pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique mengalami detik- detik cemas apabila terjatuh dari atas pentas ketika mahu melayani peminat baru-baru ini.

Menurut laporan Daily Mail, insiden tersebut berlaku semasa Pique berada di Amerika Syarikat untuk mempromosikan kejohanan bola sepak tuju sebelah, The Kings League yang diasaskan oleh bekas pemain tersebut.

The Kings League diasaskan oleh Pique di Barcelona, Sepanyol pada tahun lepas, namun mendapat sambutan luas sehingga dia melebarkan sayap kejohanan itu di Amerika Syarikat supaya lebih dikenali lebih ramai.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, Pique kelihatan sedang mendengar sesuatu daripada telefon pintarnya sambil berjalan ke arah seorang peminat yang mahukan tandatangannya.

Namun, tanpa disedari ada ruang di antara pentas dengan penghadang yang menghalang peminat sekali gus mengakibatkan Pique terjatuh ke dalam lubang dipercayai sedalam dua meter itu.

Kejadian itu membuatkan peminat dan krew bertugas bergegas untuk melihat keadaan Pique sama ada mengalami kecederaan ataupun tidak.

Bagaimanapun, Pique dilaporkan dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

The Kings League merupakan usaha terbaru Pique yang turut mendapat sokongan legenda bola sepak lain seperti Iker Cassilas dan Sergio Aguero.

Untuk info, Pique besara awal tahun ini selepas 15 tahun membantu FC Barcelona meraih pelbagai kejuaraan domestik dan antarabangsa bersama kelab Catalunya itu.

Selain Barca, bek tengah Sepanyol itu pernah beraksi bersama Manchester United selama dua musim. — Majoriti

Boleh follow mpoedia sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Sengaja sentuh wanita, tiada dialek’, imej Khabib diremehkan dalam UFC5 – Sukan

Next Post

[VIDEO] Status Bonai, isu penaja antara isu ‘hangat’ kupasan Tan Sri dalam PC KDA FC – Sukan

Related Posts