[VIDEO] Tak puas hati perlawanan ditangguh kerana azan maghrib, polis jadi mangsa amukan penyokong – Sukan


PERLAWANAN bola sepak Liga Perdana di negara jiran bertukar kecoh yang menyaksikan seorang anggota polis hampir menjadi mangsa amukan para penyokong.

Anggota penguatkuasa itu ‘diserang’ penyokong gara-gara melepaskan tembakan amaran ke udara untuk meleraikan kekecohan yang timbul dalam kejadian di Bireun, Aceh, Indonesia, pada 12 Mei lalu.

Seorang anggota polis melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan kekecohan dalam kalangan penyokong bola sepak. — Agensi

Dalam satu video tular, polis tersebut dilihat dikerumuni penyokong yang kelihatan marah selain dibaling dengan objek seperti botol air mineral.

Apabila keadaan semakin tidak terkawal, ada orang awam lain bertindak melindungi polis itu dan segera mengiringinya keluar ke tempat lebih jauh daripada kumpulan penyokong tadi.

Ketua Polis Biruen, Ajun Komisaris Besar Mike Hardy Wirapraja mengesahkan salah seorang anggotanya nyaris menjadi mangsa amukan penyokong ketika cuba meleraikan kekecohan dalam satu pertandingan bola sepak.

Kejadian berlaku ketika perlawanan antara Galacticos FC menentang Mantab Legend dalam kejohanan Galacticos Cup I 2023 di Mini Galacticos Cot Gapu, Biruen, Aceh pada 12 Mei lalu.

Menurut Mike Hardy, kekecohan berlaku selepas penonton tidak puas hati kerana perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 itu dilanjutkan keesokan hari untuk penentuan sepakan penalti.

Katanya, penganjur memutuskan sedemikian kerana sudah masuk waktu maghrib namun sayangnya keputusan tersebut tidak diterima penonton yang mahu pertandingan tersebut dilanjutkan pada hari itu juga.

“Memandangkan waktu sudah senja untuk azan Maghrib, jawatankuasa penganjur memutuskan untuk menangguhkan penalti keesokan hari.

“Disebabkan hal itu, ramai yang marah sehingga menimbulkan kekecohan,” katanya menurut laporan Kompas.com.

Berhubung keadaan anggotanya, Mike Hardy berkata, mangsa, Bripka AR tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemeriksaan terhadap anggota tersebut turut akan dilaksanakan berkaitan kod etika polis dan perkhidmatan rasmi, namun keputusan belum diketahui setakat ini,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Empat pemain tumpuan aksi sengit Selangor vs Kedah – Sukan

Next Post

‘Kami mahu yang pantas berlari’, Fandi pening tengok senarai calon penyerang Tok Gajah – Sukan

Related Posts