[VIDEO] ‘Tackle’ keras tapi tak kena kad merah, insiden Syukri Baharun antara 3 momen diingati musim 2023 – Sukan


TERJAHAN atau bentesan bukanlah perkara asing dalam dunia bola sepak memandangkan ia merupakan salah satu cara terbaik untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan.

Namun, sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul, ia akan mengundang padah sehingga mampu membawa kecederaan kepada sesiapa di atas padang.

Lebih teruk lagi, insiden seperti patah tulang kaki mampu membawa kesan yang buruk dengan ada kemungkinan pemain terpaksa menamatkan kariernya dalam bidang bola sepak.

Perkara itu juga tidak asing di negara kita memandangkan sukan berkenaan sudah menjadi satu kebiasaan dengan orang ramai cukup tertarik untuk menyertainya.

Sebagai contoh, penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri pernah berdepan situasi berkenaan ketika bersama Selangor FC pada 2021 selepas bentesan kurang kemas daripada pemain Sri Pahang FC, Muslim Ahmad.

Tidak cukup dengan itu, pertahanan baharu Perak FC, Jesper Nyholm turut berdepan nasib sama semasa beraksi di Sweden dengan terjahan tersebut menyebabkan dia terpaksa disisihkan hampir enam bulan.

Kekasaran sebegitu sering dikenakan tindakan daripada pengadil dengan rata-rata pelaku sering dilayangkan kad merah atas sebab permainan kasar.

Bagaimanapun, terdapat juga insiden yang mana pemain yang melakukan kekasaran tidak diarahkan untuk meninggalkan padang berpunca daripada mutu pengadilan itu sendiri.

Hal sebegitu pastinya segar dalam kalangan peminat bola sepak tempatan memandangkan ia bukanlah sesuatu yang asing untuk melihat tindakan tegas tidak diambil.

Berdasarkan musim ini sahaja, terdapat tiga insiden yang mana pemain melakukan terjahan keras, namun tidak diberikan kad merah daripada pengadil perlawanan.

1. Syukri Baharun vs Zahrul Nizwan

Pada Ahad, pertembungan antara dua pasukan bergelut Liga Super, Perak FC dan Kuching City FC menjadi tontonan ribuan penyokong bola sepak untuk melihat perubahan yang cuba diterapkan pihak pengurusan.

Kehadiran nama-nama baharu ketika jendela perpindahan menyebabkan aksi terbabit cukup menarik, lebih-lebih lagi buat penyokong The Bos Gaurus (TBG).

Perasaan itu seperti terbalas apabila mereka mendahului memasuki minit-minit akhir permainan dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Luciano Guaycochea dan Seo Seon-ung.

Namun, keghairahan tersebut tidak berkekalan selepas terdapat insiden yang mana pemain tengah mereka, Syukri Baharun diterjah kasar oleh Zahrul Nizwan Joe Kifli.

Pengadil oh pengadil !

Hanya di Liga Super Malaysia terjahan seperti ini bukannya layangan KAD MERAH

KRONOLOGI :

– Syukri Baharun dimasukkan minit ke-88 untuk debut musim ini & 2 minit kemudian terpaksa diusung keluar

Back to back kecederaan lutut ⁦⁦@ASTROARENApic.twitter.com/pXOd2tnCTk

— karlnunis (@_karlnunis) July 16, 2023

Kekasaran terbabit jelas mengundang kecederaan kepada Syukri sehingga memaksa pihak perubatan mengusungnya pada minit-minit akhir permainan.

Tetapi, apa yang lebih menarik adalah ketika mana pemain tengah skuad The Cats itu hanya diberikan kad kuning meskipun terjahan terbabit dilihat cukup berbahaya.

Keputusan itu kemudiannya menyebabkan situasi tegang di kem Perak FC dengan ketua jurulatih, Yusri Che Lah membuat bantahan kepada pegawai keempat.

Lebih menyayat hati lagi, Syukri yang sebelum ini dilanda kecederaan dilihat terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak menerusi perkongsian pihak pengurusan skuad TBG.

2. Faisal Halim vs Rizal Ghazali

Aksi cukup panas berlangsung pada 27 April lalu di Stadium Likas, Sabah yang menyaksikan skuad Sang Badak menerima kunjungan Selangor FC.

Selepas berada di hadapan menerusi penalti Saddil Ramdani, kedua-dua pasukan kemudiannya terikat pada minit ke-53 hasil jaringan sendiri penjaga gawang tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat ketika cuba menyelamatkan percubaan Faisal Halim.

Namun, gol cantik menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar menyaksikan Sabah FC membawa pulang kemenangan, sekali gus menghangatkan suasana di stadium.

Tetapi, perdebatan hangat mengenai pertembungan tersebut tidak terhenti di situ apabila penyokong skuad Gergasi Merah mendapati pertahanan kanan lawan, Rizal Ghazali melakukan kekasaran ke atas Faisal.

pic.twitter.com/ZBX4rkHTEB

— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) April 28, 2023

Insiden terbabit berlaku pada awal permainan dengan kedua-dua pemain berada di atas padang selepas masing-masing cuba mendapatkan bola berhampiran kotak penalti Sabah FC.

Bagaimanapun, Rizal yang juga dikenali sebagai Jai bertindak kasar apabila dengan sengaja mengenakan butnya ke perut Faisal yang masih lagi terbaring.

Insiden terbabit menjadi bahan bualan ramai dengan ada yang berpendapat tumpuan pengadil perlawanan terganggu apabila Saddil sudah membawa bola jauh daripada kawasan pertengkaran.

Namun, dengan Faisal cukup dikenali dengan semangatnya di atas padang, dia hanya memilih untuk melakukan protes singkat sebelum kembali mengejar bola.

3. Bergson da Silva vs James Okwuosa

Ketika menerima kunjungan PDRM FC untuk aksi 16 pasukan terbaik Piala FA pada April lalu, Johor Darul Takzim (JDT) memilih untuk menurunkan kesebelasan utama terbaik.

Antara yang diberikan minit permainan dalam aksi tersebut ialah penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva dalam usaha untuk mendapatkan jaringan penting.

Percaturan ketua jurulatih Harimau Selatan, Esteban Solari sememangnya membuahkan hasil seperti mana diharapkan apabila JDT mendahului dengan dua gol hasil sumbangan pemain kelahiran Brazil itu.

Bagaimanapun, di sebalik kecemerlangan Bergson di hadapan ribuan penyokong sendiri, ada yang mendapati pemenang dua Anugerah Kasut Emas Liga Super itu melakukan kekasaran terhadap bek tengah skuad Sang Saka Biru, James Okwuosa.

Dalam video perlawanan tersebut menunjukkan bukan hanya Okwuosa mengerang kesakitan selepas kejadian tersebut, malah Bergson juga seolah-olah mengalami perkara yang sama.

Kejadian berkenaan mengakibatkan perlawanan terganggu selama beberapa minit apabila selepas insiden itu pemain PDRM dilihat cuba untuk mendapatkan keadilan tercetusnya pertelingkahan antara kedua-dua pasukan.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila pengadil memilih untuk tidak memberikan layangan kad merah kepada Bergson dengan hanya amaran lisan diberikan.

Hal tersebut bagaimanapun tidak mengganggu rentak cemerlang daripada JDT apabila mereka kemudiannya meraih kemenangan bermakna 3-0. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Didakwa bakal jadi naturalisasi Malaysia, Saddil Ramdani jelaskan hal sebenar – Sukan

Next Post

Giliran Wan Zack persoal keputusan pengadil, Zahrul Nizwan mohon maaf kepada Syukri Baharun – Sukan

Related Posts