[VIDEO] ‘Sportsmanship’ JDT dipuji, pujuk pemain muda TRW lepas malu besar di SSI – Sukan


JUARA bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) berjaya mara ke suku akhir pertandingan dengan penuh bergaya apabila membelasah Kelantan dengan agregat 15-1 pada Pusingan 16 kejohanan itu.

Selepas menumpaskan The Red Warriors (TRW) 5-1 dalam aksi pertama, Harimau Selatan terus mencakar lawan mereka dengan menewaskan pasukan Pantai Timur itu 10-0 pada perlawanan kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Debut pemain tengah Jepun, Takehiro Kunimoto mencuri perhatian dengan persembahannya di bahagian tengah dan menjaringkan dua gol pada minit ke-24 dan ke-37.

Penyerang Brazil, Bergson Da Silva pula turut memainkan peranan penting dalam aksi timbal balik itu setelah meledak hatrik pada minit ke-21, 43 dan ke-73.

Gol-gol lain dijaringkan oleh pemain tengah Sepanyol, Juan Muniz pada minit ke-54; ubi muda, Daryl Sham George (59’); penyerang Brazil, Heberty Fernandes (60’), tonggak sayap, Arif Aiman ​​Hanapi (63’) dan Aysar Hadi Shapri pada minit ke-92.

Jaringan 10-0 adalah yang tertinggi setakat musim ini dalam semua pertandingan dan pastinya juara Piala FA 2023 itu akan terus mencuba untuk membuat rekod baharu lagi selepas ini.

Selain mendapat pujian kerana menjadi pasukan yang mempunyai jaringan terbanyak dalam satu perlawanan, semangat kesukanan JDT juga mencuri perhatian apabila dilihat bertindak untuk menenangkan pemain TRW.

Dalam satu video tular di media sosial, seusai perlawanan tersebut, beberapa pemain JDT dilihat terus berlari dan memeluk pemain Kelantan yang sukar menerima kekalahan terburuk itu.

Antara tonggak JDT yang dilihat tampil menenangkan pemain Kelantan ialah Endrick dos Santos, Shane Lowry, Syahmi Safari, dan Aysar Hadi.

Kelantan yang rata-rata dibarisi ubi muda pastinya kali pertama ditewaskan dengan keputusan sebegitu rupa namun ia juga akan menjadi pengajaran berguna untuk menjadi pemain yang lebih malang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Prospek Terengganu jadi ‘key player’ Elavarasan, tak pandang mudah kekuatan Timur Leste – Sukan

Next Post

[VIDEO] Dua pengadil cedera, penyokong tak pasal-pasal kena ganti elak ‘game’ dibatalkan, siap berpeluang pakai kasut emas – Sukan

Related Posts