[VIDEO] Son ‘memilih’ telefon pintar ambil gambar dengan peminat – Sukan


PENYERANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min mengecewakan permintaan seorang peminatnya selepas tidak dapat mengambil swafoto dengan wanita itu kerana perlu mematuhi peraturan ketat yang terdapat dalam kontraknya.

Pemain berusia 31 tahun itu kini sedang menjalankan tugas antarabangsa bersama pasukan Korea Selatan namun masih sempat meluangkan sedikit masa daripada jadual sibuknya untuk berinteraksi dengan penyokong.

Heung-min bermain sepanjang 90 minit perlawanan persahabatan Korea Selatan menentang Wales pada Khamis, yang mana menyaksikan kedua-dua pasukan hanya mampus merekodkan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Cardiff City.

Bekas bintang Bayer Leverkusen itu kemudiannya akan pergi ke laman Newcastle di St James’ Park, Tyne, England untuk menentang Arab Saudi pada Selasa.

Menjelang aksi berkenaan, Heung-min dirakam mengambil gambar bersama peminat namun pemenang Kasut Emas Liga Perdana Inggeris 2021/22 itu tidak dapat memegang satu telefon penyokong kerana kontraknya dengan pembekal telefon bimbit, Samsung.

Bintang Korea Selatan itu bagaimanapun dengan sopan meminta maaf kepada peminat terbabit sambil menjelaskan bahawa dia tidak boleh memegang telefon tersebut tetapi sudi untuk bergambar swafoto selagi wanita berkenaan yang memegang peranti itu.

Jika dilihat dalam video tular berdurasi 16 saat itu menunjukkan Heung-min juga menggunakan telefon pintar Samsung untuk bergambar sekali lagi dengan wanita berkenaan sambil dia yang memegang peranti berkenaan.

Kapten Tottenham itu diumumkan sebagai duta jenama Samsung Galaxy pada Julai dengan pemain sayap itu tidak asing lagi sering bekerjasama dengan jenama terkenal dunia seperti Calvin Klein dan sebuah beg pakaian mewah dan beg perjalanam, Tumi.

Difahamkan Heung-min ingin mengekalkan hubungan baik dengan penaja baharunya bagi mengelak perjanjian baharunya ditamatkan namun masih boleh menyesuaikan diri apabila bijak menangani situasi seperti video tersebut dengan sopan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Lepas berlanggar dengan Syahmi Safari, bek kiri China terpaksa buang 7 gigi – Sukan

Next Post

Lepas Sanusi ke EPL, Anwar pula kini jadi buruan Man United ganti Antony – Sukan

Related Posts