[VIDEO] Seperti pahlawan, bintang muda Barca kekal atas padang walau telinga kena ‘stapler’ – Sukan


BINTANG muda Barcelona, Gavi mendedahkan kecederaan pada telinga yang dialaminya di sebalik kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Osasuna pada Isnin.

Skuad Catalan itu diselamatkan oleh penyerang prolifik, Robert Lewandowski buat kali kedua berturut-turut dalam saingan La Liga.

Penyerang Poland itu memperoleh penalti pada minit ke-86 untuk membolehkan Barcelona menang di tempat lawan, hanya seminggu selepas kemenangan dalam aksi sengit 4-3 menentang Villarreal.

Jaringan Lewandowski tiba hanya sepuluh minit selepas penyerang pasukan tuan rumah, Chimy Villa memadam jaringan awal Barcelona menerusi tandukan pemain pertahanan, Jules Kounde pada separuh masa pertama.

Kemenangan itu mengekalkan pasukan kendalian Xavi dua mata di belakang pendahulu, Real Madrid tetapi malangnya untuk tiga mata itu dibayar dengan insiden berdarah apabila Gavi ditimpa kecederaan.

Telinga pemain tengah Sepanyol berusia 19 tahun itu terpaksa dikokot (stapler) selepas dia bertembung dengan Ruben Garcia pada minit ke-49, yang mengakibatkan kecederaan pada telinga kanan pemain Barcelona itu.

Gavi akhirnya jatuh ke tanah dan terpaksa dirawat oleh kakitangan perubatan Barcelona yang membuat beberapa jahitan di atas padang untuk menghentikan pendarahan.

Tidak hirau akan kecederaan berkenaan, pemain muda itu dengan beraninya dapat meneruskan permainan selepas menerima rawatan perubatan.

Selepas perlawanan itu, akaun Twitter rasmi Barcelona berkongsi gambar ubi muda mereka dengan beberapa ‘stapler’ atau pengokot pada telinganya.

Sementara itu, ia adalah malam bersejarah buat playmaker itu kerana Gavi menjadi pemain termuda membuat penampilan ke-100 di Barcelona.

Gavi kini bersedia untuk beraksi bersama dengan pasukan kebangsaan Sepanyol untuk kelayakan Euro menentang Georgia dan Cyprus. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Aduhai malangnya MU, lagi bintang disiasat selepas Mason Greenwood angkara kerjakan teman wanita – Sukan

Next Post

Makin garang di Thailand, lepas 3 game Lira kini tersenarai TOTM bersama Dion Cools – Sukan

Related Posts