[VIDEO] Selepas 13 hari, bapa Luis Diaz akhirnya dibebaskan penculik di Colombia – Sukan


SELEPAS hampir 13 hari berada dalam tawanan, Luis Manuel Diaz yang merupakan bapa kepada pemain Liverpool, Luis Diaz difahamkan sudah dibebaskan daripada penculik mereka.

Individu berusia 56 tahun itu dikhabarkan dilepaskan berhampiran sempadan Colombia-Venezuela dengan bantuan badan perunding polis.

Dia kemudiannya dibawa menggunakan helikopter ke perkampungan Valledupar yang terletak kira-kira 90 kilometer (km) daripada lokasi penangkapannya.

Berdasarkan video yang tular, Luis Manuel kelihatan sihat tanpa memerlukan bantuan kecemasan meskipun berada dalam tahanan sejak 28 Oktober lalu.

Dia yang juga merupakan jurulatih amatur di Colombia sempat melambaikan tangan ke arah orang ramai dan pihak media di lokasi terbabit.

#ATENCIÓN | Primeras imágenes de don Luis Manuel Díaz en libertad. El papá del jugador Luis Díaz regresó con su familia tras estar 12 días en poder del ELN.

Cubrimiento especial en https://t.co/yqNEZK7rZ3 pic.twitter.com/hbXpol0HCY

— Noticias Caracol (@NoticiasCaracol) November 9, 2023

Sebelum ini, Luis Manuel serta isterinya, Cilenis Marulanda diculik ketika berada di stesen minyak berhampiran kediaman mereka.

Jenayah itu difahamkan berpunca daripada kemahuan penjenayah untuk mendapatkan wang tebusan memandangkan kes sedemikian sering berlaku di sekitar Amerika Selatan.

Marulanda, yang juga merupakan ibu kepada Luis Diaz kemudiannya dibebaskan tidak lama selepas itu setelah sesi rundingan dibuat pihak berkuasa terdiri daripada tentera Colombia.

Luis Diaz sebelum ini pernah membuat rayuan terbuka kepada pihak media apabila dia memaparkan mesej ‘Bebaskan Bapa Saya’ selepas menjaringkan gol ketika Liverpool berdepan Luton Town.

Kes tersebut turut menyaksikan pemain berusia 26 tahun tersebut ketinggalan aksi Piala Liga buat skuad The Reds dengan dia terpaksa pulang ke negara kelahirannya.

Berita mengenai pembebasan Luis Manuel turut dikongsikan laman media sosial rasmi Liverpool yang berkongsi perkhabaran baik tersebut kepada penyokongnya.

Namun, sehingga kini, media antarabangsa masih tidak mendedahkan jumlah yang terpaksa dikeluarkan dalam proses rundingan untuk membebaskan bapa kepada Luis Diaz itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

JDT atau TFC, pilih sebaiknya Azam Azmi – Sukan

Next Post

Gara-gara mahu bantu Kelantan FC, ejen pemain import buka mulut sedih nama sendiri terjejas – Sukan

Related Posts