[VIDEO] Sejarah kelam Harimau Malaya jadi belasahan Indonesia, dilabel pengkhianat oleh ‘nombor 2’ FAM – Sukan


PENYOKONG Harimau Malaya pasti mengingati tarikh 2 Ogos 1999 sebagai salah satu detik gelap dalam sejarah bola sepak tanah air yang mana 24 tahun lalu, skuad kebangsaan menjadi mangsa belasahan Indonesia.

Mengimbau semula kejohanan Sukan SEA pada 1999 di bumi Brunei menyaksikan pasukan Malaysia yang ketika itu dibimbing oleh Abdul Rahman Ibrahim tewas 0-6 di tangan Indonesia.

Kekalahan itu jelasnya meruntuhkan moral para pemain kerana banyak kecaman dan tohmahan diterima skuad Malaysia ketika itu sama ada dari pihak media mahupun peminat tempatan

Lebih pahit lagi apabila penyokong skuad Garuda tidak henti-henti menyanyikan chant yang berbunyi ‘Malaysia balik kampung’ selepas perlawanan menyaksikan skuad kebangsaan tersungkur di peringkat kumpulan.

“Segala-galanya beraksi bagi skuad Malaysia ketika menentang Indonesia pada 2 Ogos 1999 lalu. Dalam pertemuan ini pasukan Malaysia diperbudak-budakkan oleh Indonesia yang menang 0-6,” memetik laporan media ketika itu.

Selain menerima kecaman tidak henti-henti dari penyokong, pemain turut digelar sebagai pengkhianat negara oleh naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika itu iaitu Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Antara pemain yang menyarung jersi Malaysia ketika itu ialah Azmin Azram Abdul Aziz, Azlisham Ib Brahim, V. Murugan, Megat Amir Faizal, Thinagaran, Ghani Malik, Syamsul Amri Abu Bakar dan Muhamad Khalid Jamlus.

Meskipun menang dalam dua perlawanan terakhir di peringkat kumpulan dengan membelasah Kemboja 7-2 dan tumpaskan Brunei 2-0, ia sekali lagi tidak memadai untuk bawa Malaysia ke separuh akhir.

Namun kini biarlah ia menjadi sejarah dan pengajaran buat skuad Harimau Malaya untuk tampil lebih cemerlang dan buktinya skuad kebangsaan yang kini dibimbing Kim Pan-gon dalam persediaan untuk ke Piala Asia secara merit pada tahun depan.

Malah kini ranking Malaysia jauh lebih tinggi jika dibanding dengan Indoneisa yang mana Harimau Malaya di tangga 137 dunia ketika ini, manakala Garuda menghuni kedudukan ke-150. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kes belum selesai’, FAM,MFL perlu rujuk FIFA atau berdepan tindakan – Sukan

Next Post

‘Elak kes 1992 berulang’, fans Liga M bersolidariti demi Ramon Marcote – Sukan

Related Posts