[VIDEO] Sahut cabaran guna pengangkutan awam ke Langkawi dalam 24 jam, 2 ‘influencer’ menang hadiah utama – Sukan


DENGAN hanya menggunakan pengangkutan awam, dua individu pempengaruh media sosial berjaya memenangi wang tunai RM3,000 dan tiket percutian ke Bali dalam Pertandingan 24 Hours Challenge LIMA’23 di Hotel Mercure, Pantai Chenang, Langkawi pada Ahad.

Menyahut cabaran Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dari Stesen KL Sentral ke MAHA Tower, Pulau Langkawi dalam tempoh 24 jam, kedua-dua pemuda terbabit juga turut berjaya menghasilkan lima video pendek menarik yang memaparkan perjalanan mereka sepanjang pertandingan tersebut.

Sobri Yaakob dan Zulhelmi Weng merupakan pemenang tempat pertama dalam penganjuran program itu.

Turut dimuat naik di laman TikTok MOT, video pendek yang dihasilkan cukup menarik dan dilengkapi segala maklumat berkaitan kemudahan di bawah kementerian berkenaan.

Hasbi Habibollah menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan Pertandingan 24 Hours Challenge LIMA’23 di Langkawi, Kedah.

Dalam pada itu, majlis penyampaian hadiah itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah yang memuji usaha setiap peserta dalam menyahut cabaran pertandingan tersebut.

“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana telah bertungkus lumus membuat persediaan dan berjaya melaksanakan pertandingan ini.

“Kementerian Pengangkutan memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menggerakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama keluar dari rumah.

“Dengan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan individu, kesesakan lalu lintas boleh dikurangkan, malah masalah pencemaran daripada asap kenderaan juga dapat dibendung.

“Dengan adanya program seperti Pertandingan 24 hours Challenge ini secara tidak langsung, memperkenalkan pelbagai jenis perkhidmatan pengangkutan awam negara, di samping menilai kecekapan dan kesalinghubungan rangkaian pengangkutan awam kepada rakyat,” ujarnya.

Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) bakal berlangsung pada 23 hingga 27 Mei di mana orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke lokasi penganjuran acara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Belum masanya’, TFC dedah perancangan pasukan menjelang jendela perpindahan ke-2 – Sukan

Next Post

‘Murah tapi berbaloi’, fans TRW petik 3 bintang Liga M3 berpotensi bantu Kelantan FC – Sukan

Related Posts