[VIDEO] Reaksi ‘jijik’ Klopp simpulkan kekalahan Man United di Old Trafford – Sukan


REAKSI Jurgen Klopp merumuskan keadaan prestasi Manchester United apabila pasukan kendalian Erik ten Hag itu disingkirkan daripada Piala Carabao oleh Newcastle United pada Rabu.

United mempamerkan satu lagi persembahan hambar di hadapan penyokong mereka di Old Trafford apabila gol separuh masa pertama daripada Miguel Almiron dan Lewis Hall meletakkan Newcastle di hadapan.

Jaringan cemerlang Joe Willock menambah kelebihan Newcastle pada minit ke-60 manakala Man United tidak berhasil mencetak sebarang gol sehingga wisel penamat berbunyi dan mengesahkan kemenangan 3-0 memihak kepada pasukan pelawat.

Sementara itu, Liverpool pula berhasil mara ke suku akhir Piala Carabao apabila usaha hebat Darwin Nunez mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Bournemouth.

Ketika Klopp bersedia untuk memulakan sidang akhbar selepas perlawanannya, pengurus Liverpool itu tersentak apabila dia melihat jaringan United menentang Newcastle di skrin televisyen.

Nobody: Jurgen Klopp: pic.twitter.com/osJD8fETXe https://t.co/CR30inNoOk

— Matty Appleby (@matty_appleby) November 2, 2023

Reaksi ketua jurulatih dari Jerman itu secara tidak langsung memberi penjelasan mengenai prestasi United dalam perlawanan tersebut dan berkemungkinan mewakil semua penyokong The Red Devils.

Bercakap selepas kekalahan United, Ten Hag bertanggungjawab memikul semua kekalahan tersebut dan berjanji akan memberikan semula kemenangan untuk penyokong kelab tersebut.

“Kami tahu standard yang anda boleh jangkakan dengan Manchester United, ia tidak cukup baik setakat ini. Kita perlu membetulkan keadaan.

“Saya bertanggungjawab untuk itu. Sebagai sebuah pasukan kami tidak cukup bagus, walau apa pun alasannya. Tiada ruang untuk alasan. Kami perlu melakukan perkara yang lebih baik, kami perlu meningkatkan standard kami kerana jika tidak, anda tidak akan mendapat tahap, prestasi atau keputusan yang betul.

“Bila anda berada di Manchester United, dijangka anda akan menghadapi tekanan itu jadi itu perkara biasa. Bermain bola sepak tetapi mereka perlu faham kita perlu melakukannya bersama, setiap orang perlu bertanggungjawab untuk prestasi sendiri dan kebersamaan untuk persembahan itu,” katannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Taikun negara labur kelab luar tapi ada sebab tak minat Liga M — Stanley Bernard – Sukan

Next Post

Enggan menyerah tanpa Luciano, Perak FC awasi 3 bintang JDT – Sukan

Related Posts