[VIDEO] Ramalan Tomi benar belaka, hujan jadi faktor Terengganu tersungkur dibelasah Sabah – Sukan


TERENGGANU FC jelas mengalami masa sukar ketika bertemu Sabah FC pada aksi Liga Super yang diadakan pada Jumaat.

Dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner ini tumbang 0-4 dengan mereka ketinggalan tiga gol pada separuh masa pertama.

Gol-gol oleh Ramon Machado, Saddil Ramdani, Miguel Cifuentes dan Jafri Chew memberikan tiga mata berharga buat Sabah di tempat lawan.

Sebelum perlawanan, Steinbruckner ada meramalkan yang cuaca hujan akan memainkan peranan penting terhadap keputusan perlawanan antara Terengganu dengan Sabah.

“Kita mempunyai masalah yang sama dengan pasukan-pasukan lain kerana di kawasan kami hujan turun dengan lebat setiap hari.

“Keadaan padang kami juga tidak begitu baik untuk mengadakan latihan (kerana hujan). Oleh itu, kami cuba mencari padang rumput tiruan (untuk berlatih), dan juga gimnasium. Tapi apa boleh kami buat? Kami gunakan apa saja yang ada dan ini merupakan masalah (buat kami),” kata Steinbruckner dalam sebuah video di Twitter (X).

Ramalan yang dilakukan oleh Steinbruckner itu ternyata benar belaka kerana hujan menjadi faktor pasukannya tidak mampu untuk memberikan tentangan sengit kepada Sabah.

Namun itu bukanlah faktor utama kenapa Terengganu tewas. Selepas perlawanan, Steinbruckner mendedahkan yang pasukannya tempang tanpa kuartet pertahanan tempatannya.

Shahrul Nizam, Alif Zakaria, Safwan Mazlan dan Azam Azmi kesemuannya mengalami kecederaan dan tidak dapat diturunkan. Ia memaksa Steinbruckner untuk mempertaruhkan Argzim Redzovic dan Arif Fadzillah bagi membantu Ubaidullah Shamsul di posisi tersebut.

“Shahrul Nizam terdapat kecederaan di bahagian betis dan dia masih bermain kerana telah mendapatkan suntikan serta ubat dan ini bukanlah sesuatu yang bagus.

“Alif Zakaria cedera di buku lali, Safwan Mazlan turut cedera selepas perlawanan akhir Piala MFL bersama Terengganu FC II. Azam Azmi (memerlukan) beberapa bulan dan dia sedang dalam proses mendapatkan pemulihan yang lebih baik,” kata Steinbruckner.

Terengganu akan berdepan Penang FC pada 3 Disember sebelum bertemu Johor Darul Takzim dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, 8 Disember ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dilantik sebagai presiden PJBM, Kim Swee harap kebajikan jurulatih tempatan dititikberatkan  – Sukan

Next Post

Kim Swee mahu jurulatih cungkil bakat, kurangkan fikir pemain naturalisasi – Sukan

Related Posts