[VIDEO] Proses tukar hak milik tanah lewat punca SSA belum dirobohkan — MB Selangor – Sukan


TEKA-TEKI mengenai perobohan Stadium Shah Alam (SSA) masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong Selangor FC.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor mengumumkan akan merobohkan SSA bagi memberi laluan kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Perobohan SSA pada mulanya dijadualkan pada bulan Oktober, kemudiannya dianjakkan kepada November. Namun begitu, dengan bulan November kini menghampiri penghujungnya, masih tiada bayang stadium tersebut bakal dirobohkan.

Ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong Selangor FC, serta bahan gelak buat para haters Gergasi Merah kerana selagi SSA tidak dirobohkan, pembinaan KSSA mustahil untuk berlaku.

Lakaran KSSA yang bakal menjadi gelanggang rasmi baharu Selangor FC. — Agensi

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, terdapat permasalahan dalam isu pertukaran hak milik tanah SSA. Hal ini kerana, kerajaan negeri masih lagi memegang hak milik tanah tersebut dan ia perlu dipindahkan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Oleh disebabkan kelewatan pindah milik itu telah membuatkan proses perobohan SSA tidak dapat dijalankan seperti yang dijadualkan.

“Proses untuk menaik taraf atau pun merobohkan (SSA) sebenarnya memang jangkakan pada bulan Oktober dan beralih pada bulan November.

“Ia bertukar atau berganti kerana proses peralihan tanah-tanah itu masih lagi milik kerajaan negeri, belum lagi diserahkan kepada MBI. Selepas tanah itu diserahkan kepada MBI yang telah pun diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada bukan Oktober,” kata Amirudin pada Sidang DUN Selangor.

Amirudin turut menegaskan kos pembinaan stadium baharu itu akan kekal dalam lingkungan RM700 hingga RM800 juta.

Kos pembinaan keseluruhan projek berkemungkinan meningkat sehingga mencecah lebih RM3 bilion. Ia termasuklah pembangunan taman-taman awam, serta hotel dan pusat komersial.

Dalam masa yang sama, Amirudin turut menyatakan yang projek KSSA tersebut akan menfokuskan kepada isu kesesakan lalu lintas dan banjir.

Jelas sekali, Amirudin tidak mahu KSSA akan mengalami masalah banjir yang mula memberikan kesan kepada kawasan Seksyen 13, Shah Alam kebelakangan ini.

“Pembinaan stadium ini bukan sekadar membina stadium semata-mata tetapi ada dua lagi isu iaitu masalah trafik dan banjir.

“Jadi, tanah yang disediakan itu akan menjadi projek bersama kerajaan Persekutuan dan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dan kita akan sediakan tanah seluas 10 ekar untuk kolam takungan untuk mengelakkan isu banjir.

“(Selain itu), menaikkan tapak stadium tersebut supaya stadium tidak akan berdepan dengan banjir pada masa hadapan,” ujar Amirudin lagi.

KSSA akan menyaksikan Selangor bakal memperoleh gelanggang rasmi baharu dengan kapasiti maksima 50,000 tempat duduk. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Bekas penyerang kelab Manchester tolak arahan ‘check’ tahap alkohol lepas kemalangan di Itali – Sukan

Next Post

Pilih ‘simpan kuku’ berdepan Sabah mungkin punca Sang Penyu lemas di Gong Badak – Sukan

Related Posts