[VIDEO] Peserta lumba ‘drag’, Apeh Jamal maut kemalangan di Gong Badak – Sukan


PELUMBA sukan perlumbaan drag, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Apeh Jamal dilaporkan maut ketika menyertai perlumbaan ‘Battle of The Kings’ di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak pada Sabtu.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta lumba yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di tepi litar.

Kejadian yang dirakamkan secara langsung di laman Facebook itu memaparkan kemalangan maut yang berlaku semasa perlumbaan tersebut.

Kenderaan itu yang memecut laju di permulaan garisan dilihat mula hilang kawalan apabila kenderaannya berpusing dan terbabas ke tepi litar.

Pengulas perlumbaan yang menyaksikan kejadian itu turut cemas dan memohon bantuan medik segera bertindak memberikan bantuan.

Mangsa merupakan antara insan yang banyak berjasa kepada sukan perlumbaan drag negara selain menyediakan pusat operasi di Ipoh semenjak 2019 sehingga kini.

Punca kejadian masih lagi belum dikenal pasti dan Majoriti sedang berusaha mendapatkan info lanjut berhubung kes kemalangan itu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nasib Nafuzi Zain diketahui 25 Oktober – Sukan

Next Post

Giliran skuad muda Ngap Sayot tak dapat gaji 4 bulan? – Sukan

Related Posts