[VIDEO] Pernah tercalon sarung jersi HM, 4 tahun lalu bekas bintang UKM FC tarik perhatian media Indonesia – Sukan


KEHADIRAN pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan ternyata memberikan kelebihan buat Harimau Malaya untuk kekal bersaing di pentas Asia tanpa mengira kedudukan ranking negara.

Sejak diperkenalkan pada 2018, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memanggil sebanyak lapan pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh (Gambia), Guilherme de Paula, Paulo Josue, Endrick dos Santos (Brazil), Liridon Krasniqi (Kosovo), Lee Andrew Tuck (England) dan Sergio Ezequiel Aguero (Argentina).

Antara lapan pemain yang pernah disenarai oleh FAM, hanya dua bintang gagal memberikan persembahan terbaik bersama Harimau Malaya iaitu Liridon dan De Paula.

Namun adakah anda masih ingat? sebelum De Paula dan Liridon dinaturalisasikan, FAM pernah mengintai khidmat Michael Ijezie yang cemerlang bersama MIFA FC dan UKM FC pada 2019.

Usaha baik FAM itu turut disambut oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang menganggap Ijezie sebagai bonus tambahan buat skuad kebangsaan.

Ijezie beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak 2012 dengan mula beraksi bersama NS Betaria hingga 2014.

Ijezie kemudiannya mentertai Putrajaya SPA pada 2015, disusuli MISC-MIFA sebelum menyarung jersi UKM FC dari 2018 hingga 2019.

Hilang daripada peta bola sepak Malaysia selama setahun, Ijezie kembali ke Liga M dengan menyertai Kuching City FC pada 2021.

Bukan sahaja mendapat liputan media seluruh negara, malah Indonesia turut memerhatikan pergerakan FAM yang ingin menambah kekuatan Harimau Malaya dengan menaturalisasikan Ijezie.

Menerusi laporan Bola Sport.com, mereka melaporkan status semasa Ijezie yang ketika itu dalam penilaian akhir oleh FAM untuk dinaturalisasikan.

Bukan itu sahaja, media Indonesia turut menyelidik profil pemain kelahiran Nigeria yang menjadi ‘top scorer’ dalam Liga Perdana bersama UKM FC.

Tetapi malangnya, Ijezie gagal melepas ujian penilaian terakhir daripada FAM selepas dia dianggap setaraf pemain tempatan sekali gus impian rakyat Malaysia untuk menyaksikannya menyarung jersi Harimau Malaya gagal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Subramaniam kongsi detik cemas hampir berlanggar ‘motobike’ di Kelantan – Sukan

Next Post

[VIDEO] Kekalahan Man United dihiasi larian bendera Palestin – Sukan

Related Posts