[VIDEO] Perlawanan belum mula, dua penyokong jiran bergaduh sampai ke pantai – Sukan


PENYOKONG Boca Juniors dan Fluminense FC dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa membaling botol ke arah polis semasa kedua-kedua peminat itu bergaduh di Pantai Copacabana, Brazil pada Khamis.

Kedua-dua penyokong itu bertempur di pantai tersebut sambil disaksikan berpuluh-puluh pengunjung sehingga mendapat perhatian pihak polis.

Boca Juniors dan Fluminense sedang bersiap sedia untuk bersaing dalam perlawanan akhir Copa Libertadoers di Stadium Maracana, Brazil pada Sabtu.

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan dalam media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki terlibat dalam pergaduhan besar-besar terbabit.

Menerut laporan Ioda Valley News, suasana di pantai yang sering dianggap ‘zon mesra peminat’ itu memaksa polis masuk campur dalam insiden pergaduhan tersebut.

Salah seorang penyokong ditahan pihak polis kerana bertindak menendang haiwan perliharaan pengunjung yang datang ke pantai itu dan turut menyerang individu lain.

Rakaman yang dikongsikan dalam media sosial, kelihatan pengunjung berjalan dengan aman di tepi pantai sebelum sekumpulan penyokong berlari dari satu arah yang berlainan.

Video lain turut menunjukkan rakaman beberapa anggota polis mengawal keadaan pantai dan menangkap individu yang memulakan pergaduhan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dilarang mentaliti santai, Ultrasel laung amaran buat pemain Selangor – Sukan

Next Post

Kalau tak buat aduan, tak selesailah masalah — Safee Sali – Sukan

Related Posts