[VIDEO] Penyokong Kelantan merajuk, cemburu lihat ‘jiran’ rancak membeli – Sukan


KELANTAN United FC (KUFC) yang akan tampil buat pertama kali dalam Liga Super difahamkan serius membuat persiapan untuk mengharungi saingan musim 2023.

Perkara itu disebabkan usaha mereka yang mahu memantapkan pasukan dengan membawa masuk beberapa pemain senior yang boleh menjadi faktor bagi menarik lebih banyak sokongan.

Turut terdapat khabar angin menyatakan bekas pengendali skuad Penang FC, Thomas Trucha mungkin akan dilantik sebagai ketua jurulatih KUFC pada musim depan.

Tangkap layar ciapan oleh Zulhelmi Zainal Azam.

Sebelum ini wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memuat naik satu ciapan menyatakan pihak pengurusan KUFC sedang dalam usaha menandatangani pemain pertahanan Kelantan, Latiff Suhaimi.

“Kelantan United FC serius menghadapi musim 2023 apabila difahamkan sudah sedia melengkapkan perpindahan seorang lagi pemain berpengalaman Latiff Suhaimi yang beraksi bersama Kelantan FC musim ini,” ciapnya di Twitter.

Selain Latiff Suhaimi, pasukan itu turut dikatakan dalam usaha mahu memancing bekas pemain sayap kebangsaan, Syazwan Zainon dan Khairu Azrin Razali yang dilepaskan Kedah serta bekas legenda Kelantan, Indra Putra Mahyuddin.

Tangkap layar ciapan oleh T. Avineshwaran.

Manakala, wartawan The Star, T. Avineshwaran pula memuat naik satu ciapan pada Jumaat menyatakan beberapa pemain muda dalam Liga Malaysia turut menjadi buruan skuad Kijang Hijau.

“Kelantan United hampir menandatangani pemain seperti penyerang Perak, Aqil Hilman, pemain sayap Selangor II, S. Sharvin, pemain sayap Sabah Dirga Surdi, pemain pertahanan Sarawak United Ahmad Tasnim Fitri dan penjaga gol Melaka Asyraaf Omar,” tulisnya dalam Twitter.

Kelantan United FC serius menghadapi musim 2023 apabila difahamkan sudah sedia melengkapkan perpindahan beberapa pemain berpengalaman. — Facebook/Kelantan United

Disebabkan itu, beberapa penyokong Kelantan FC dilihat meluahkan rasa cemburu melihat kemajuan yang sedang dilakukan oleh pihak pengurusan Kelantan United manakala skuad The Red Warriors (TRW) masih belum ada sebarang pengumuman berkaitan perpindahan pemain.

Malah, pencarian ketua jurulatih bagi menggantikan Rezal Zambery Yahya juga masih belum menemukan jawapan walaupun ada ura-ura mengatakan Kelantan FC akan menggunakan khidmat dari Korea Selatan.

“Pasukan jiran sebelah, Kelantan United difahamkan akan membawa masuk beberapa pemain berpengalaman seperti Indra Putra, Syazwan Zainon, Khairu Azrin dan Latiff Suhaimi. Manakala pasukan kita siapa yang nak masuk?” soal Syafnan Zain.

“Sebab itu Kelantan FC jumpa import yang teruk, last minit baru nak cari pemain, pasukan lain dah lama setup pasukan. Selepas itu yang datang semua kaki injured,” ujar Zulkifli Ismail.

“Kelantan FC lambat sangat buat kerja,” kata Azli Mohamad.

“Tak tahu apa perkembangan, patut awal-awal cari pemain import, pemain baharu dan jurulatih jangan last minit nanti berterabur macam musim lepas. Sebab pasukan lain awal-awal dah buat persediaan, TRW kata nak jadi 10 pasukan terbaik,” luah Atap Rumbia.

Untuk rekod, Indra Putra adalah antara nama yang cukup popular dan ikonik dalam kalangan penyokong di Kelantan, dia tiga kali menyarung jersi Kelantan FC dan merupakan tonggak pasukan itu menjulang treble pada 2012.

Pemain yang akan berusia 42 tahun pada 2023 itu mewakili Kuala Lumpur selama empat musim selepas meninggalkan Kelantan pada 2017 dan bersama skuad warga kota, dia melakar sejarah apabila meledak jaringan ke-100 dalam Liga Super pada April 2019. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

eMFL Fans Cup beri pengalaman kepada peminat jadi pemain pro eSukan FIFA 23 – Sukan

Next Post

Luah rasa terharu, Baddrol Bakhtiar jawab isu jersi nombor 7, titip pesanan buat Kedah dan Sabah – Sukan

Related Posts