[VIDEO] Pengadil Thai berkelakuan lembut rupanya berpangkat ‘sarjan’ – Sukan


TULAR satu video di media sosial pada Sabtu memaparkan seorang pengadil berkelakuan lembut ketika sedang bertugas dengan rakaman itu difahamkan berlaku di Thailand.

Klip berdurasi kurang dari seminit itu dikongsikan pengguna TikTok, Nattapong Areekit yang kini sudah menerima sebanyak 10 juta tontonan.

Ia juga sudah dikongsikan kira-kira 40,000 kali, termasuk pengguna aplikasi tersebut dalam negara berikutan gelagat pengadil berkenaan yang melucukan.

Selain berwatakan lembut, dia yang mengenakan baju berwarna merah jambu turut mencuri perhatian penonton dalam aksi bola sepak tersebut.

Difahamkan, insiden menarik itu berlaku dalam aksi Piala Montri di daerah Prachuap Khiri Khan di selatan Thailand pada 1 November lalu.

Kelakuan seorang pengadil ketika mengadili aksi liga bawahan Thailand mencuri perhatian.

Bagaimanapun, siasatan orang ramai mendapati ciri-ciri lelaki berkenaan bukanlah seperti yang ditonjolkan kerana dia merupakan anggota berpangkat sarjan.

Kredit: Nattapong Areekit (TikTok) pic.twitter.com/OQPRlPliYx

— Majoriti (@majoritionline) November 4, 2023

Meskipun ditertawakan ramai, pengadil berkenaan masih memberi tumpuan terhadap perlawanan dengan dia turut memberi sepakan percuma kepada salah sebuah pasukan.

Tetapi, apa yang menarik mengenai perkara itu adalah apabila orang ramai mendapati individu berkenaan cukup dikenali di negara terbabit.

Selain kerap bertugas sebagai pengadil dalam liga bawahan, lelaki yang dikenali sebagai Nath Sai Bantherng itu juga dikatakan berkelakuan sedemikian apabila dirakam pengunjung di stadium.

Di samping itu, dia juga dilaporkan merupakan seorang anggota keselamatan berpangkat sarjan seperti mana dikongsikannya di akaun TikTok peribadinya.

Jadi, tidak hairanlah apabila kelakuannya itu cukup mencuri perhatian apabila dia mampu mempamerkan sisi femininnya di hadapan lensa kamera. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Daniel Gooi beri ‘hint’ sedia pancing bekas bek JDT atasi isu serangan Penang FC – Sukan

Next Post

[VIDEO] Aksi ‘siuu’ Fadhil Wahab bukti kehadirannya disenangi pemain, penyokong TFC – Sukan

Related Posts