[VIDEO] Pengadil jadi mangsa amukan aksi bola sepak amatur di Manjung – Sukan


BEBERAPA minggu kebelakangan ini, pelbagai berita berkaitan kekasaran terhadap pengadil bola sepak amatur kerap dihidangkan kepada peminat sukan tersebut.

Insiden terbabit difahamkan sering berlaku akibat rasa puas hati pemain terhadap keputusan mereka sehingga menyebabkan langkah keganasan diambil.

Lebih mengecewakan lagi, isu berkenaan turut menyaksikan staf kejurulatihan masuk campur untuk melepaskan amarah masing-masing terhadap pengadil.

Masalah berkenaan dilihat masih belum reda apabila baru-baru ini, sebuah video dimuat naik memaparkan hal sama berulang.

Berdasarkan klip dikongsikan Amy AmyGoodyear di laman Facebook Perak All Legend, kelihatan seorang pengadil berbaju biru dikejar ketika aksi bola sepak amatur di Manjung, Perak.

Sebuah video mula tular memaparkan seorang pengadil dikejar dalam aksi bola sepak amatur yang didakwa berlaku di Lekir, Manjung, Perak.

Kredit: Orang awam pic.twitter.com/M3xFGBq7Fk

— Majoriti (@majoritionline) November 19, 2023

“Ingat senang jadi ref? Bukan setakat perlu menahan dimaki, kena belasah pula aduhai. Kejadian dikhabarkan di Lekir,” tulisnya.

Pemerhatian terhadap video berdurasi 30 saat terbabit menyaksikan pengadil terbabit hampir terkena pukulan sebahagian individu tidak bertanggungjawab.

Namun, kelincahan serta kepantasannya menyaksikannya terselamat tanpa mengalami kecederaan serius sementara orang ramai cuba meredakan keadaan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut diperolehi mengenai pasukan yang beraksi dengan pemerhatian awal melihat ia merupakan perlawanan peringkat amatur.

Tetapi, sekiranya ia berlaku di Manjung, Perak seperti mana didakwa, terdapat kemungkinan insiden terbabit berlaku ketika aksi Piala Menteri KPKT Mala 9 Sebelah yang diadakan di Padang Pertanian Lekir, Manjung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Ramai salah sangka, bukan Hariss Harun sebab bintang EPL meraung di Korea Selatan – Sukan

Next Post

Zainal Abidin berteka-teki nama naik jadi ‘coach’ skuad Jang – Sukan

Related Posts