[VIDEO] Pengadil didakwa sengaja sekat bekas bintang Man City dalam aksi Barca-Atletico – Sukan


PERTEMUAN dua gergasi bola sepak Sepanyol, Atletico Madrid dan Barcelona dalam aksi La Liga pada Isnin di Stadium Olimpik Lluis Company, Sepanyol menyajikan persembahan menarik buat peminat bola sepak.

Meskipun kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan jaringan Joao Felix bagi mengesahkan kemenangan Barcelona, pelbagai isu menarik dapat disaksikan sepanjang 90 minit permainan.

Sembilan kad kuning yang dilayangkan pengadil, Jose Martinez menjadi bukti masing-masing mahu membawa pulang tiga mata penuh dalam aksi cukup dinantikan itu.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga momen cukup menarik disaksikan sehingga menimbulkan pelbagai persoalan mengenai mutu pengadilan dalam salah sebuah liga terbaik di Eropah itu.

Memasuki minit ke-45 permainan, pengadil berusia 40 tahun berkenaan berkali-kali berada dalam posisi yang dilihat dengan sengaja menghalang aksi berjalan lancar.

تابع الحساب الاساسي : @CARTER7ii

تابع الحساب الاساسي : @CARTER7ii pic.twitter.com/HkCdsMN3xV

— اسيا (@AldaFell33563) December 3, 2023

Selain menyekat hantaran Felix, Martinez juga mengganggu permainan ketika dia tidak mengelak semasa pemain tengah Barcelona, Ilkay Gundogan cuba membawa bola ke kawasan penalti pasukan pelawat.

Keadaan tersebut menyebabkan sebahagian pemain tuan rumah membuat bantahan terhadapnya, namun pengadil tersebut hanya berdiam diri dan membiarkan perlawanan berjalan.

Antara yang mengharapkan supaya wisel ditiup ialah Gundogan sendiri dengan bekas kapten Manchester City terbabit bertindak mendekati pengadil itu.

Mutu pengadilan Martinez kemudiannya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Barcelona yang berasakan terdapat unsur berat sebelah sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun, setakat ini, Barcelona masih belum membuat sebarang aduan mengenainya memandangkan mereka meraih tiga mata penting di laman sendiri.

Kemenangan yang direkodkan itu turut menyaksikan skuad The Blaugrana kini menduduki tangga ketiga La Liga selepas mengumpul 34 mata dengan hanya empat mata membezakan kelab berkenaan dengan pendahulu, Girona FC.

Atletico Madrid pula kini berada di tangga keempat dengan mereka memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding pasukan lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Last tahun ni di Sabah’, komen lama kembali tular kuatkan khabar angin Rizal Ghazali pulang ke Kedah – Sukan

Next Post

[VIDEO] Mahu cari peluang beraksi dalam Liga M, bekas pemain Portsmouth idam sarung jersi Harimau Malaya – Sukan

Related Posts