[VIDEO] Peminat nombor 1 Ronaldo nyaris maut angkara eksperimen ‘ubat gigi syaitan’ – Sukan


JIKA anda peminat pemain bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, pasti mengenali Youtuber yang bernama IShowSpeed iaitu pencipta kandungan media sosial dan salah satu penstrim terbesar di dunia pada ketika ini.

Lelaki berusia 18 tahun itu cepat mencipta nama dalam dunia penstriman secara langsung dan dikenali kerana beberapa telatah dan obsesinya terhadap pemain antarabangsa Portugal, Ronaldo.

Speed ​kini mengumpul lebih 20 juta subscriber untuk saluran YouTube miliknya setakat ini dan tampil pelbagai kandungan menarik untuk para pengikutnya.

Daripada memasang bunga api di dalam biliknya, dan hampir membakar seluruh rumahnya, usaha Speed berbaloi kerana akhirnya dapat bertemu dengan beberapa bintang terbesar dunia termasuk Drake, Neymar, dan juga idolanya Cristiano.

Dalam strim secara langsungnya pada 3 Oktober lalu, Speed atau nama sebenarnya Darren Watkins Jr ​​mencuba eksperimen sains di bilik tidurnya sendiri.

Bintang YouTube itu cuba membuat ‘devils toothpaste’ ataupun ‘ubat gigi syaitan’ yang melibatkan campuran Hidrogen Peroksida, yis dan sabun pinggan mangkuk untuk menghasilkan tindak balas kimia.

Walau bagaimanapun, percubaan tersebut menjadi pengalaman ngeri buatnya apabila Speed dilihat ​​bergelut untuk bernafas kerana asap memenuhi biliknya.

Insiden tidak terkawal itu akhirnya dibantu oleh anggota bomba yang mana salah seorang rakannya menelefon pasukan penyelamat tersebut untuk membantu Speed

“Speed kini bersama anggota bomba, mereka memberinya oksigen supaya dia boleh bernafas, dia baik-baik saja,” bunyi mesej dari kawannya menerusi laman YouTube Speed.

Menurut rakan dan juga merangkap sebagai jurukamera Speed, pencipta kandungan itu komi berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan serius menimpanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Penghormatan terakhir, rakan-rakan beri peluang mayat dalam keranda jaringkan gol – Sukan

Next Post

Tze Yong, dua beregu negara mara pusingan ketiga Sukan Asia – Sukan

Related Posts