[VIDEO] Pelajar sekolah dipukul, dipijak sampai pengsan, JPNT sedia kerjasama jika keluarga repot polis – Sukan


JABATAN Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian pelajar yang dipukul dengan teruk di sebuah sekolah menengah dekat Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu pada Jumaat.

Pengarahnya, Abdul Muie Ngah dilaporkan berkata, menerusi maklumat awal diterima, kejadian itu membabitkan seorang pelajar tingkatan dua yang bertindak memukul mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu.

Menurut beliau, JPNT turut dimaklumkan bahawa insiden tersebut berlaku di dalam kawasan sekolah selepas tamat waktu persekolahan.

“Kita masih siasat punca hingga berlaku pergaduhan itu dan laporan awal yang saya terima hanya membabitkan pelajar tingkatan dua dan satu yang juga mangsa.

“Malah, sebaik mengetahui kejadian itu, guru sekolah terbabit mengambil langkah segera menghantar pelajar ke sebuah klinik bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Sebelum itu, satu rakaman tular sejak Sabtu memaparkan mangsa yang sedang diberikan rawatan oleh tenaga pengajar di sekolah itu selepas dipercayai mengalami kecederaan apabila dipukul murid lain.

Seorang individu dipercayai kakak kepada pelajar berkenaan turut mendakwa bahawa adiknya dipukul dan dipijak sehingga pengsan kerana cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku.

Dalam pada itu, Abdul Muie berkata, pengetua pusat pendidikan terbabit turut memaklumkan bahawa pihak sekolah sudah pergi ke rumah pelajar terlibat dan masih menunggu laporan hasil daripada perjumpaan itu.

Beliau turut menjelaskan bahawa JPNT bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya keluarga pelajar terbabit membuat laporan polis.

“Setakat ini, pihak pengurusan sekolah pergi berbincang dengan keluarga pelajar terbabit bagi menyelesaikan perkara ini.

“JPNT sentiasa menitikberatkan pembelajaran dalam suasana harmoni dan menggelakkan perkara tidak diingini berlaku di sekolah,” ujar beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Makin sayang skuad Seladang, Momad bawa vibe stadium di rumah ketika sokong Perak lawan Sabah – Sukan

Next Post

‘Itu bukan alasan’, Cheng Hoe yakin anak buah mampu benam Sang Penyu – Sukan

Related Posts