[VIDEO] Nyaris jatuh tempat duduk bertingkat, 2 penyokong bergaduh selepas perlawanan kriket – Sukan


TULAR sebuah video dalam media sosial sekumpulan penyokong di Sri Lanka nyaris jatuh dari tempat duduk bertingkat akibat pergaduhan yang berlaku selepas perlawanan kriket antara pasukan nasional Sri Lanka dan India di Stadium R Premadasa, Colombo, Sri Lanka pada Selasa.

Berdasarkan video berdurasi 33 saat itu, kedua-dua individu itu sedang dihalang oleh beberapa penyokong yang berada di kawasan kejadian sebelum lelaki berpakaian baju berwarna kuning bertindak mencetuskan pergaduhan dengan mangsa.

Pergaduhan yang dihalang orang ramai itu betul-betul berlaku di penghadang tempat duduk bertingkat yang mana jika tersilap langkah boleh menyebabkan penyokong lain terjatuh daripada kawasan itu.

Menerusi laporan Hindustan Times, punca pergaduhan tidak dapat dipastikan namun kejadian itu berlaku sebaik sahaja perlawanan kriket di antara kedua-dua negara tamat.

Sekumpulan lelaki yang berada di kawasan itu turut masuk campur dalam insiden tersebut untuk meleraikan dan menenangkan salah seorang indivdiu terlibat.

Dalam perlawanan itu, India mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut dalam kejohanan Piala Super 4 Asia selepas menewaskan Pakistan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Diangkat pemain terbaik bulanan, Engku Nur Shakir yakin berdepan Selangor – Sukan

Next Post

‘Sepatutnya tidak boleh bagi ruang pasukan lawan’, Elavarasan tetap bangga persembahan HM – Sukan

Related Posts