[VIDEO] Muka fans Selangor berdarah, kereta penyokong jadi mangsa El Clasico kedua di MBPJ – Sukan


AKSI El Clasico Malaya antara Selangor FC menentang Perak FC sekali lagi dicemari dengan insiden kekecohan apabila difahamkan sebuah cermin kenderaan seorang penyokong Gergasi Merah dipecahkan di luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor sebelum perlawanan bermula pada Sabtu.

Menerusi beberapa gambar yang tersebar di media sosial, menunjukkan cermin belakang kereta jenis Honda Civic berwarna putih itu dipecahkan menggunakan objek keras dan bampar di hadapan kenderaan pula remuk.

Sementara itu, tiga orang individu yang dipercayai mangsa dalam kejadian pecah kereta tersebut juga ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kelihatan kecederaan pada wajah mereka.

Dalam video berdurasi lima saat tersebut, salah seorang tiga pemuda yang dipercayai penyokong Gergasi Merah itu menyebut-menyebut rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk memberitahu perihal sebenar kejadian.

Bagaimanapun, setakat ini, masih tiada sebarang laporan rasmi daripada kedua-dua kelab dan pihak berkuasa mengenai kejadiaan berkenaan dan spekukasi hanya mengatakan bahawa ia adalah perbuatan khianat penyokong kasual Perak.

Hal itu semakin diyakini berpunca daripada penyokong kasual penyokong pelawat apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim kelab Perak FC, Bobie Farid Shamsudin tampil berkongsi pandangan mengenai insiden tersebut.

“Sangat kecewa dengan kejadian diluar stadium oleh pihak kasual ni. Apa yang mereka dapat dengan buat benda benda ni? Siapa dalang dia ? Siapa ketua mereka ni ?

“Nak apa sebenarnya ? Memalukan nama negeri dan menyusahkan peminat yang nak pergi away game,” tulisnya menerusi akaun Facebook TBG Super Fan.

Dalam perkembangan berbeza, tular pula video sekumpulan penyokong Perak FC dihalang daripada meninggalkan kawasan stadium selepas perlawanan yang menyaksikan skuad Seladang tewas 0-4 di tangan Selangor FC.

Berdasarkan video berkenaan, pihak keselamatan stadium bertindak demikian bagi mengelak penyokong kedua-dua pasukan bertembung di perkarangan stadium MBPJ.

Pihak polis juga terpaksa menanggung akibat apabila menjadi mangsa kemarahan penyokong skuad Seladang kerana menahan mereka daripada pulang ke rumah masing-masing buat sementara.

Ini bukan kali pertama berlaku melibatkan kedua-dua penyokong.

Pada Mei lalu, aksi tumbuk-menumbuk di antara kedua-dua penyokong kasual Perak dan Selangor mencemari perlawanan pusingan pertama Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, Perak.

Insiden itu menyaksikan beberapa penyokong ditahan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan yang berkait dengan pergaduhan di tempat awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Lepas curi satu mata, Klopp jadi tembok halang Nunez ‘serang’ Pep – Sukan

Next Post

Kedah jadi penentu usaha kami buru slot ke Asia — Cheng Hoe – Sukan

Related Posts