[VIDEO] Misi Piala Asia/Dunia bermula, Akyhar, Syihan pinta ekor Harimau Malaya penuhkan SNBJ – Sukan


SESI latihan pusat bagi Harimau Malaya telah pun bermula dengan masa semakin hampir bagi skuad kebangsaan turun beraksi di hadapan ribuan penyokong setia.

Harimau Malaya bakal turun beraksi sekali lagi bagi kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027 menentang Republik Krgyz pada 16 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Di saat hari perlawanan semakin dekat, keterujaan nyata muncul dalam kalangan pemain Harimau Malaya. Sebagai contoh, Akyhar Rashid yang gembira melihat motivasi dalam kalangan rakan sepasukan begitu baik ketika ini.

“Jumaat merupakan hari pertama kami berlatih, semua nampak teruja, nampak bersemangat untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia kali ini,” kata Akhyar.

Sementara bagi penjaga gol, Syihan Hazmi, berasa syukur kerana perjalanan hari pertama kem latihan pusat Harimau Malaya berjalan dengan lancar.

“Syukur ALHAMDULILLAH, kem latihan pusat untuk Harimau Malaya pada hari pertama ini berjalan dengan lancar.

“Saya sebagai pemain Harimau Malaya juga ingin menyeru semua penyokong penuhkan stadium, saksikan perlawanan dan berikan sokongan sepenuhnya kepada Harimau Malaya,” ujar Syihan.

Malah, mesej yang sama turut dikongsi oleh Akyhar yang mahukan lebih ramai penyokong Harimau Malaya turun ke Bukit Jalil pada 16 November ini.

“Jumpa anda di stadium pada 16 November ini. Jom datang ramai-ramai, sokong (kami),” pinta Akhyar.

Setakat 9 November, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan yang 2,244 keping tiket telah pun dijual. Nilai itu masih lagi rendah.

Namun berbaki kurang daripada seminggu, pasti akan ada peningkatan jualan tiket bagi perlawanan pembukaan pusingan kelayakan ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Kelibat bekas import Selangor FC main dengan pasukan ‘bapa-bapa’ ubat kerinduan ramai – Sukan

Next Post

[VIDEO] Kerana dengki, kelab Peru matikan lampu stadium lepas ‘rival’ menang liga di laman sendiri – Sukan

Related Posts