[VIDEO] Messi ‘koyak’, cekik pemain Uruguay lepas tewas kelayakan Piala Dunia – Sukan


KELAYAKAN Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan mungkin baru bermula tetapi Argentina mahupun Uruguay tidak mengambil mudah permainan mereka apabila berlaku adegan panas selepas beberapa beberapa minit dalam aksi derbi pada Jumaat itu.

Malah pemenang Ballon d’Or buat kali kelapan, Lionel Messi juga tidak dapat menahan diri apabila campur tangan mencekik leher pertahanan Uruguay, Mathias Olivera semasa bek kiri Napoli itu dalam pergaduhan dengan Rodrigo De Paul.

Meskipun kekacauan berlaku, pengadil bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang kad kuning atau merah, dan permainan diteruskan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Malah, Messi juga membuat reputasi lain iaitu sebagai pemain yang mudah marah dengan lawannya terutama apabila melihat dia mencengkam leher pemain lain.

Walaupun keadaan menjadi hangat sejak awal, kedua-dua pasukan cuba meneruskan dan terus mencari gol pembukaan namun Argentina bergelut untuk mencari jalan melepasi pertahanan Uruguay.

الاسطورة ميسي يخنق لاعب الاوروغواي pic.twitter.com/Oo0DTixNBF

— Messi Xtra (@M30Xtra) November 17, 2023

Skuad La Celeste sebaliknya, memanfaatkan kesilapan pemain tuan rumah tuan rumah sendiri apabila Ronald Araujo berhasil meletakkan pelawat di hadapan dan akhirnya membuatkan Emiliano Martinez dibolosi kali pertama sejak final Piala Dunia 2022.

Penyerang Liverpool, Darwin Nunez memastikan kemenangan mutlak menerusi gol minit ke-87 dalam pertembungan sengit di Stadium Bombonera di Buenos Aires.

Argentina yang memenangi kesemua empat perlawanan kelayakan pembukaan mereka, bagaimanapun masih kekal di tangga teratas dengan 12 mata daripada lima perlawanan dan berada dua mata di hadapan Uruguay.

Dalam pada itu, bekas bintang Barcelona itu juga sempat mengulas situasi tegang antaranya dengan Olivera dengan dia menyifatkan bahawa pemain muda perlu menunjukkan rasa hormat dengan pemain senior.

“Saya lebih suka tidak mengatakan apa yang saya fikirkan tetapi [orang muda] perlu belajar. Mereka mempunyai pemain yang baik. Tetapi mereka perlu belajar daripada veteran bagaimana untuk menghormati. Permainan ini sentiasa sengit jangan lupa sikap menghormati Mereka perlu belajar sedikit benda itu,” katanya selepas perlawanan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MOM hantar bantahan rasmi ke Hannah Yeoh susulan tindakan PJS ancam batal pendaftaran – Sukan

Next Post

‘Kalau tak angkat kaki, dah lama Faisal Halim gantung but’ – Sukan

Related Posts