[VIDEO] Mat ‘gentleman’ tenang, elak bersentuhan lepas kena ‘tackle’ kakak Fergus Tierney – Sukan


DALAM pelbagai platform media sosial kebelakangan ini, orang ramai sering disajikan dengan insiden hangat setiap kali aksi bola sepak amatur berlangsung.

Sikap tidak profesional dan panas baran itu sering tercetus akibat kegagalan masing-masing untuk mengawal emosi setiap kali pihak lawan melakukan terjahan kurang kemas.

Perbalahan juga kerap tercetus sekiranya satu pasukan sudah ketinggalan sehingga menyebabkan pemain mengambil cara berbeza untuk menonjolkan kebolehan tersendiri.

Situasi sebegitu hanya memberikan satu imej buruk mengenai bola sepak sosial yang sepatutnya menjadi satu medan untuk orang ramai bergiat aktif.

Namun, lain pula ceritanya dalam satu perlawanan amatur di George Town, Pulau Pinang apabila seorang pemain menonjolkan sikap tenang selepas dikasari pihak lawan.

Wahh, respect brader ni… Dahlah tak marah, siap tolak nak bersentuhan pulak tu

Kredit: AzPhotography / TikTok pic.twitter.com/QULTZMN2co

— Majoriti (@majoritionline) September 16, 2023

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok Az Photo, kelihatan seorang pemain lelaki berbaju hijau terjatuh selepas terjahan kurang kemas daripada seorang pemain wanita.

Bagaimanapun, apa yang menarik adalah apabila dia yang dijatuhkan enggan menyambut tangan lawannya berkenaan yang berbeza jantina.

Penolakannya dengan sopan itu menyebabkan rakan sepasukannya hanya tersenyum melihat gelagatnya sementara pemain wanita tersebut turut kelihatan tersipu-sipu malu.

Lebih menarik lagi, tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai mengatakan bahawa ‘pelaku’ merupakan Murron Tierney yang mana ialah kakak kepada pemain Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Fergus Tierney.

Ia berikutan penglibatannya secara aktif dalam bidang bola sepak dengan dia merupakan pemain projek peringkat antarabangsa, Soccer Experience FC.

Berdasarkan perkongsian di laman Instagram Murron, dia kelihatan sering terlibat bersama kelab itu di samping sering mengamalkan gaya hidup sihat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiga bintang utama PSM Makassar dalam radar The Rhinos, Gergasi Merah dan Tok Gajah untuk musim 2024 – Sukan

Next Post

[VIDEO] Dua gol Safee Sali pahat sejarah JDT jadi pasukan tempatan pertama layak ke semi final Piala AFC – Sukan

Related Posts